Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Petaka merata dek cuaca menggila

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



PERUBAHAN iklim memicu pelbagai malapetaka di banyak bahagian di dunia dengan banjir besar, kejadian tanah runtuh, gelombang haba dan kebakaran hutan yang menjejas kehidupan ratusan juta penduduk hingga meragut nyawa dan ramai yang terpaksa dipindahkan.



Sekitar empat juta orang termasuk 1.6 juta kanak-kanak terkandas dalam kejadian banjir kilat di wilayah utara Bangladesh dan memerlukan bantuan segera, menurut agensi Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef).



"Kanak-kanak itu sekarang memerlukan air bersih untuk minuman. Mencegah terjadinya penyakit berpunca daripada air minuman yang tercemar adalah di antara hal paling kritikal yang dikhuatirkan," kata Encik Sheldon Yett, perwakilan Unicef di Bangladesh.



Katanya, Unicef telah menghantar 400,000 pil pembersih air yang boleh membantu 80,000 keluarga untuk seminggu.



Banjir di dua buah wilayah timur laut India, Assam dan Meghalaya, mengakibatkan 32 orang mati dalam masa dua hari, menurut para pegawai pada Sabtu lalu.



Jumaat lalu, 14 orang termasuk seorang bayi berusia enam bulan mati dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di wilayah itu.



Sementara itu, wilayah di selatan China mencatatkan hujan paling lebat sejak beberapa dekad yang mengakibatkan banjir serta kejadian tanah runtuh, hingga ratusan ribu orang terpaksa dipindahkan, menurut laporan media rasmi negeri itu.



Hujan lebat itu mengakibatkan beberapa kawasan tanah rendah termasuk teluk di Sungai Pearl dinaiki air pada paras membahayakan.



Keadaan itu mengancam operasi pengilangan, perkapalan dan logistik yang sedang mengalami kesulitan bekalan ekoran sekatan ketat yang dikuasakan oleh pemerintah China bagi membendung penularan virus Covid-19



Hampir 500,000 penduduk di wilayah Jiangxi, timur China, juga terancam banjir besar apabila hujan sejak Sabtu lalu berlarutan hingga petang Isnin, menjejas 55 daerah di wilayah itu dan menenggelamkan 43,300 hektar kawasan pertanian mengakibatkan kerugian dianggarkan sekitar 470 juta yuan (kira-kira AS$70.4 juta), menurut ibu pejabat pusat bantuan kawalan banjir dan kemarau negeri itu.



Jabatan kajicuaca setempat pula mengatakan hujan di wilayah Jiangxi mulai reda semalam tetapi kawasan sebelah selatan dan timur wilayah itu akan mengalami hujan lebat hingga ke bahagian utara teluk Sungai Yangtze hari ini.



Sedang negara-negara Asia mengalami musim hujan yang buruk, benua Barat iaitu Eropah dan Amerika pula mengalami malapetaka gelombang haba.



Cuaca panas di sana mengakibatkan kebakaran hutan dan turut menjejas kesihatan penduduk.



Keadaan cuaca terlalu panas di serata bahagian Eropah minggu lalu adalah yang paling teruk pada Sabtu lalu di Perancis.



Suhu puratanya meningkat kepada 27.4 darjah Celsius.



Gelombang haba itu turut dirasakan di Sepanyol, Italy dan sebahagian United Kingdom (UK).



Di New York pula dilaporkan, sekurang-kurangnya tiga orang di temui mati di bahagian besmen sebuah bangunan dalam satu kebakaran yang berpunca daripada angin kencang melanda beberapa buah rumah di Richmond Hill salah sebuah daerah di Queens pada Jumaat lalu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >