Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bangladesh terima tekanan antarabangsa

Jan 7, 2014 | 4:17 PM
-

DHAKA: Pemimpin pembangkang Bangladesh, Cik Khaleda Zia, hari ini menuduh Perdana Menteri Sheikh Hasina sebagai "membunuh demokrasi" sedang seterunya itu berdepan dengan desakan yang meningkat untuk mengadakan pengundian baru setelah menang besar tanpa bertanding dalam hampir kesemua 300 kerusi Parlimen dalam pilihan raya Ahad lalu.

Amerika Syarikat memimpin tekanan antarabangsa agar Bangladesh segera mengadakan semula pilihan raya yang melibatkan semua parti besar, sekaligus menepis kenyataan Sheikh Hasina yang mengatakan boikot pada pilihan raya itu oleh pembangkang Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) pimpinan Cik Zia dan 20 parti lain, tidak menjejas pengesahan kemenangan partinya, Liga Awami.

"Saya menyeru pemerintah membatalkan undi jenaka ini, meletakkan jawatan dan adakan persefahaman (dengan pembangkang) untuk menganjurkan sebuah pilihan raya yang bebas, adil dan tidak berkecuali di bawah pemerintah sementara yang tidak berpihak pada mana-mana parti," kata Cik Zia dalam satu kenyataan.

Amerika Syarikat juga menggesa undi baru diadakan yang dapat "dipercayai meluahkan kemahuan" rakyat. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg