Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian didakwa dibina secara haram

Nov 10, 2023 | 03:41 PM



Sebuah bangunan resort yang baru runtuh di Pulau Perhentian, Besut, dikatakan dibina secara haram sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada 2020.

Menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB), Encik Mohd Sukeri Ibrahim berkata, pengusaha resort pernah membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan dan kebenaran merancang pada Ogos 2021, lapor Berita Harian Malaysia.


Bagaimanapun tambahnya, Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MDB ke-14 yang diadakan pada 12 September 2021 memutuskan menolak permohonan atas beberapa sebab termasuk gagal mengemukakan pelan secara kekal.

“Pengusaha resort itu juga gagal mengemukakan dan mendapat kelulusan dasar daripada Unit Perancang Ekonomi (UPEN) serta gagal mengemukakan permohonan kebenaran merancang daripada Perancang Bandar Berdaftar,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mohd Sukeri berkata demikian ketika mengulas tragedi bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian yang runtuh, pagi Khamis, menurut laporan itu.

Dalam kejadian itu, enam pekerja pembinaan bangunan resort itu terselamat, manakala seorang lagi pekerja dikhuatiri tertimbus.

Mengulas lanjut, Encik Mohd Sukeri berkata, MDB juga menerima ulasan teknikal daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tidak memperakui kelulusan pelan seni bina pada 29 Ogos lalu.

Katanya, projek pembinaan bangunan yang runtuh itu dijalankan secara haram dan tiada kelulusan kebenaran merancang, Pelan Bangunan daripada MDB.

“Siasatan dilakukan mendapati projek pembinaan bangunan resort itu dilakukan ketika pelaksanaan PKP pada 2020.

“Projek pembinaan bangunan itu dilakukan sebelum pelan kebenaran merancang dikemukakan dan diluluskan,” katanya.

Ketika mengulas kemungkinan pengusaha resort ada mengemukakan permohonan baru, Encik Mohd Sukeri menegaskan MDB belum menerima permohonan baru sehingga Khamis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >