Topik diikuti
Pergi ke BHkuBangunan rosak akibat gempa di Turkey runtuh
Bangunan rosak akibat gempa di Turkey runtuh
ANKARA: Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud yang melanda selatan Turkey pada Isnin (27 Feb) didapati menyebabkan beberapa bangunan yang sudah rosak akibat gempa besar tiga minggu lalu itu, runtuh kata seorang pegawai. Gempa bumi mutakhir, dalam siri gempa bumi yang melanda Turkey sepanjang Februari itu, mengakibatkan seorang bapa dan anak perempuannya dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan sebuah bangunan. Agensi pengurusan bencana negara itu memaklumkan, gempa bumi berkenaan berlaku di tengah bandar Yesilyurt di wilayah Malatya. Datuk Bandar Yesilyurt, Encik Mehmet Cinar, memberitahu agensi televisyen HaberTurk, beberapa bangunan di bandar itu runtuh, termasuk bangunan empat tingkat, di mana seorang bapa dan anak perempuannya terperangkap. Encik Cinar berkata kedua-dua mangsa memasuki bangunan yang sudah rosak itu untuk mengambil barang. Di tempat lain di Malatya, pasukan mencari dan menyelamat sedang mengalih runtuhan bangunan lain yang runtuh di atas beberapa kereta, lapor HaberTurk. - Agensi berita