Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bangunan rosak akibat gempa di Turkey runtuh

Mar 01, 2023 | 05:30 AM



ANKARA: Gempa bumi berukuran 5.2 magnitud yang melanda selatan Turkey pada Isnin didapati menyebabkan beberapa bangunan yang sudah rosak akibat gempa besar tiga minggu lalu runtuh, kata seorang pegawai.



Gempa bumi mutakhir, dalam siri gempa bumi yang melanda Turkey sepanjang Februari, mengakibatkan seorang bapa dan anak perempuannya dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan sebuah bangunan.



Agensi pengurusan bencana negara itu memaklumkan gempa bumi berkenaan berlaku di tengah bandar Yesilyurt di wilayah Malatya.



Datuk Bandar Yesilyurt, Encik Mehmet Cinar, memberitahu agensi televisyen HaberTurk, beberapa bangunan di bandar itu runtuh, termasuk bangunan empat tingkat, di mana seorang bapa dan anak perempuannya terperangkap.



Encik Cinar berkata kedua-dua mangsa memasuki bangunan yang sudah rosak itu untuk mengambil barang.



Di Malatya pula, pasukan mencari dan menyelamat sedang mengalih runtuhan bangunan lain yang runtuh di atas beberapa kereta, lapor HaberTurk.



Malatya antara 11 wilayah Turkey yang dilanda gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang memusnahkan bahagian selatan negara itu dan utara Syria pada 6 Februari lalu.



Dalam satu perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Turkey mengumumkan ia telah menahan dan mendakwa hampir 200 kontraktor kerana disyaki tidak melakukan kerja pembinaan bangunan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan pemerintah Turkey sehingga puluhan ribu bangunan ranap selepas gempa bumi dahsyat awal bulan ini.



Menurut Kementerian Kehakiman Turkey, kira-kira 50,000 orang terbunuh di seluruh Turkey dan Syria selepas gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda 6 Februari lalu, dengan sekitar 9,000 gegaran susulan dikatakan turut berlaku.



Kementerian itu berkata sebenarnya 626 orang dinamakan sebagai suspek dikaitkan dengan tragedi bangunan runtuh sepenuhnya atau rosak teruk berikutan gempa bumi.



Namun, sebahagian daripada suspek itu sendiri dilaporkan maut dalam gempa bumi tersebut manakala polis kini masih memburu yang lain.



Antara mereka yang ditahan termasuk seorang datuk bandar yang bandarnya terjejas teruk akibat gempa bumi itu, menurut laporan media tempatan.



Pada Sabtu lalu, Menteri Kehakiman Turkey, Encik Bekir Bozdag, berkata bukti sudah dikumpulkan daripada beribu-ribu bangunan yang ranap dan 184 suspek telah ditangkap.



Pihak berkuasa Turkey juga mengeluarkan 113 waran tangkap berkaitan kerja-kerja pembinaan di seluruh negara itu.



Lebih 5,700 bangunan di Turkey runtuh, menurut agensi bencana negara itu dan timbul persoalan mengenai keutuhan struktur di beberapa kawasan di wilayah yang terjejas.



Pakar pembinaan menuduh Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan, gagal menguatkuasakan peraturan bangunan yang ketat, sekali gus menjadi punca kemusnahan yang meluas.



Selepas tragedi gempa bumi dahsyat sekitar 1999, kod binaan bangunan telah diperketat demi memastikan binaan moden dapat menahan gegaran besar.



Bagaimanapun, banyak bangunan yang baru dibina didapati ranap di seluruh wilayah yang dilanda gempa bumi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >