Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Banjir di 5 negeri, lebih 43,000 masih di pusat pemindahan

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di lima negeri di Malaysia menunjukkan tanda positif apabila jumlah operasi pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan sejak pagi semalam.



Setakat 8 pagi semalam, seramai 43,791 orang berada di pusat pemindahan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak berbanding 47,038 mangsa petang kelmarin.



Di Pahang, jumlah mangsa banjir menunjukkan sedikit penurunan iaitu 26,016 mangsa, berbanding 27,090 orang petang kelmarin.



Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan Temerloh masih lagi mencatatkan mangsa banjir tertinggi iaitu 11,547 diikuti Maran (3,002); Lipis (2,421); Pekan (1,968); Raub (1,866); Jerantut (1,663); Kuantan (1,530); Bera (1,383) dan Rompin (636) yang ditempatkan di 290 PPS berkenaan turut memaklumkan air Sungai Pahang di daerah Bera, Maran, Pekan dan Temerloh melepasi tahap bahaya.



Di Terengganu, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 11,804 orang di 53 PPS, berbanding 13,092 orang pada 3 petang semalam.



Di Kelantan, sebanyak 4,633 orang daripada 1,386 keluarga masih ditempatkan di 60 PPS membabitkan enam jajahan negeri itu.



Di Johor, sebanyak 1,207 mangsa daripada 305 keluarga masih berada di 13 PPS pagi semalam, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan.



"Setakat ini, dua jalan iaitu Jalan Haji Suhud di Johor Bahru dan Jalan Tanah Abang di Mersing masih ditutup kepada semua kenderaan," katanya dalam kenyataannya semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >