BANDUNG: Tiga pelajar universiti ditemui dalam sebuah gua di Indonesia, selepas mereka terperangkap dalam air banjir, menurut pihak berkuasa hari ini.
Satu operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan semalam berjaya menyelamatkan lima orang dari gua Lele di Jawa Barat, selepas hujan lebat melanda dan membanjiri, kata pihak berkuasa.
“Mangsa terperangkap dalam gua untuk satu tempoh, sebelum pasukan berjaya membebaskan mereka,” menurut agensi mencari dan menyelamat, Seni Wulandari.
Beliau menambah pasukan menyelamat mengambil masa untuk masuk ke dalam gua yang terletak 30 meter di bawah tanah.
Pelajar-pelajar tersebut adalah sebahagian daripada kelab alam semula jadi sebuah universiti yang ke sana untuk latihan asas eksplorasi dalam gua. - AFP
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
28
0
Banjir di gua: 3 pelajar maut di Bandung, Indonesia
Dec 23, 2019 | 07:18 PM