Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Banjir di M'sia: 48,000 penduduk berteduh di 400 pusat pemindahan

Jan 09, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Lebih 48,000 orang di enam negeri di Malaysia mencari tempat teduh di 400 pusat pemindahan semalam untuk menyelamatkan diri daripada banjir ketika hujan musim monsun yang terus melanda sebahagian negara itu.



Bilangan mangsa banjir yang dipindahkan berlipat ganda daripada 20,575 orang yang dilaporkan pada pagi Rabu.



Selain mangsa banjir di negeri-negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Johor timur yang dipindahkan, beberapa puluhan lagi orang juga dipindahkan dari kawasan luar bandar di Perak dan Sabah, lapor agensi berita Bernama.



Sekurang-kurangnya lima kematian dilaporkan akibat musim monsun tahunan itu, yang biasanya bermula pada November dan berlarutan sehingga sekitar empat bulan.



Mangsa terakhir adalah seorang lelaki berusia 20 tahun, yang jatuh dari bot kelmarin ketika membantu mangsa banjir untuk berpindah ke sebuah tempat berteduh di Kuala Krai, Kelantan.



Pahang menjadi negeri yang terjejas paling teruk oleh musim hujan ketika ini, dengan kebanyakan sungai besarnya dibanjiri air hujan yang mengalir deras.



Terdapat seramai 27,073 mangsa banjir yang ditempatkan di 275 pusat pemindahan sementara di sembilan kawasan Pahang, lapor Bernama.



Pemegang konsesi Fasa Satu Lebuh Raya Pantai Timur (ECE), Anih Bhd, berkata beberapa bahagian lebuh raya masih tidak dapat dilalui kenderaan.



ECE adalah lebuh raya utama yang menghubungkan Terengganu dan Pahang ke Kuala Lumpur.



Di Terengganu, mangsa banjir yang mencapai 12,899 orang ditempatkan di 50 pusat pemindahan pagi semalam, naik daripada 8,138 orang yang dipindahkan petang kelmarin.



Di Kelantan pula seramai 6,319 orang ditempatkan di 74 pusat pemindahan pagi semalam.



Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Johor sehingga 8 pagi semalam kekal 1,276 orang, kurang berbanding beberapa hari lalu.



Pengerusi jawatankuasa kesihatan dan sekitaran Johor, Encik R. Vidyananthan, berkata mereka ditempatkan di 14 pusat pemindahan, sementara dua pusat pemindahan ditutup disebabkan keadaan cuaca yang bertambah baik, lapor Bernama.



Seramai 359 orang di Perak ditempatkan di pusat pemindahan dan 35 mangsa banjir di Sabah dipindahkan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >