Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir di NZ: Ardern terkejut lihat kemusnahan

Jun 03, 2021 | 05:30 AM



WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern (memetik gambar dari dalam helikopter tentera) melawat kawasan yang dilanda banjir di South Island kelmarin dan melahirkan rasa terkejut dengan kemusnahan yang disebabkannya apabila jumlah hujan tiga bulan turun dalam tempoh tiga hari. Sungai yang melimpah memusnahkan jambatan, sementara tanah runtuh pula menyekat lebuh raya.     



Keadaan mula reda kelmarin selepas hujan turun selama 72 jam, yang disifatkan Cik Ardern sebagai kejadian "sekali dalam seabad".   



"Agak teruk kemusnahannya dan banyak kerja yang perlu dilakukan... untuk membersihkannya," katanya kepada media selepas meninjau kerosakan yang disebabkan banjir itu dengan menaiki helikopter tentera.     



Seluruh masyarakat, termasuk 35,000 orang di bandar Ashburton, terjejas dan terpisah akibat banjir itu.     



Cik Ardern berkata pekerja juga sedang "berusaha memulihkan jalan raya dan rangkaian kereta api.



"Terdapat ribuan orang yang terpisah dari bandar tempat tinggal mereka dan tidak dapat pergi ke sekolah atau tempat kerja," tambahnya.     



Sementara ratusan penduduk pula terpaksa dipindahkan, tiada orang dilaporkan cedera serius sejauh ini. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >