Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Banjir Kerala: Maut capai 357 orang, kerugian $4.1 bilion

Aug 19, 2018 | 3:24 PM
Penyelamat dalam helikopter dan bot berjuang melawan hujan lebat untuk sampai ke kampung-kampung yang terputus hubungan dengan dunia luar bagi menyelamatkan mangsa dalam banjir monsun terburuk dalam satu abad yang melanda Kerala, India, pada Sabtu, 18 Ogos 2018.
Penyelamat dalam helikopter dan bot berjuang melawan hujan lebat untuk sampai ke kampung-kampung yang terputus hubungan dengan dunia luar bagi menyelamatkan mangsa dalam banjir monsun terburuk dalam satu abad yang melanda Kerala, India, pada Sabtu, 18 Ogos 2018. - Foto AFP

KOCHI (India): Jumlah kematian akibat banjir terburuk dalam sejarah negeri Kerala di India sejak seabad lalu meningkat kepada 357 orang, kata pihak berkuasa, dengan anggaran kerugian sebanyak AS$3 bilion ($4.1 bilion).

Lokasi pelancongan utama India itu dilanda hujan lebat musim tengkujuh sejak akhir Mei lalu, menyebabkan kejadian tanah runtuh dan banjir kilat menghanyutkan beberapa perkampungan.

"Sejak 29 Mei apabila musim tengkujuh melanda Kerala, ia telah meragut 357 nyawa," kata pegawai penerangan negeri sambil menambah bahawa 33 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, lapor agensi berita AFP.

Sebilangan 353,000 penduduk terpaksa berlindung di pusat penempatan sementara dengan dibantu ribuan anggota tentera darat, laut dan udara, khususnya mereka yang masih terkandas di perkampungan masing-masing.

Bencana itu turut mendatangkan kerosakan pada jalan-jalan utama dan 134 jambatan, menyebabkan hubungan ke kawasan terpencil serta berbukit di pedalaman paling teruk terjejas terputus sama sekali.

Orang ramai yang panik turut dilihat memohon bantuan disalurkan pada kadar segera di media sosial apabila gagal menghubungi pihak berwajib.

Ketua Menteri Kerala dilaporkan telah meminta bantuan tambahan, termasuk 20 helikopter dan 600 bot penyelamat, bagi meningkatkan usaha menyelamat semua mangsa.

Badan bantuan kemanusiaan Mercy Relief Singapura berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad bahawa ia akan menghantar satu pasukan respons bencana ke Kerala untuk membantu dalam operasi bantuan kecemasan.

Pasukan itu akan berlepas dari Singapura pada Isnin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg