Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Banjir lumpur di Colombia ragut 254 nyawa

Apr 3, 2017 | 12:27 PM
BENCANA ALAM: Kakitangan penyelamat berusaha mencari mangsa yang terperangkap dalam banjir lumpur di Mocoa, Colombia. - Foto REUTERS
BENCANA ALAM: Kakitangan penyelamat berusaha mencari mangsa yang terperangkap dalam banjir lumpur di Mocoa, Colombia. - Foto REUTERS -

MOCOA (Colombia): Seramai 254 orang termasuk 43 kanak-kanak telah terkorban disebabkan banjir lumpur, kata Presiden Colombia, Encik Juan Manuel Santos, semalam.

"Malangnya, ia adalah angka kematian awal," tulis Encik Santos menerusi laman Twitter yang memantau sendiri operasi bantuan di bandar itu.

Beberapa tebing sungai berdekatan barat daya bandar Mocoa pecah pada awal pagi Sabtu lalu (1 April), menyebabkan air, lumpur dan sampah sarap menghempas jalan dan memasuki rumah mangsa yang sedang tidur.

Sukarelawan dan ahli bomba menemui 82 mayat di hilir bandar Villagarzon dan berkata, masih banyak mayat terperangkap dalam timbunan sampah.

"Kita perlu mencari mereka dan saya fikir kita akan temui lebih banyak lagi," kata Mayor Villagarzon Mayor, Encik Jhon Ever Calderon yang ditukil Reuters.

Menurutnya, bandar itu tidak mempunyai tempat bagi penyimpanan keranda dan kelengkapan kebersihan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg