Topik diikuti
Pergi ke BHkuBanjir lumpur pula di sekitar Kinabalu
Jun 17, 2015 | 5:30 AM
Banjir lumpur pula di sekitar Kinabalu
KOTA KINABALU: Belum dua minggu dilanda gempa bumi, Kundasang dekat sini ditimpa musibah lagi apabila kawasan di sekitar Gunung Kinabalu dilanda banjir lumpur.
Banjir lumpur itu bermula pada 3 petang kelmarin. Ia berpunca daripada hujan lebat yang menenggelamkan beberapa batang sungai selain menjejas penduduk kampung dan sekolah di sekitar kaki Gunung Kinabalu.