Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir mula landa Terengganu

Nov 19, 2020 | 05:30 AM



SETIU: Gelombang pertama banjir mula melanda Terengganu dengan 26 orang di daerah Langkap terpaksa dipindahkan sejak 1 pagi semalam.



Dua pusat pemindahan: pusat sivik Sungai Lerek dan satu di Kampung Bukit Nyior Pelong, telah dibuka untuk memberi perlindungan sementara kepada golongan yang terpaksa dipindahkan itu.



Pengarah Pasukan Pertahanan Awam Negeri, Leftenan Kolonel Che Adam Abd Rahman, berkata pegawainya sedang dalam tahap berjaga-jaga kerana hujan lebat dijangka berterusan sepanjang hari, lapor News Straits Times (NST).



"Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu menerima banyak hujan dan ini adalah kawasan amaran merah dengan orang saya akan dikerahkan untuk membantu mangsa banjir apabila perlu.



"Jalan dari Chalok ke Telaga Papan di Kampung Lubuk Panjang berada di bawah air sedalam 0.38 meter sepanjang 300 meter dan sekarang ditutup kepada semua kenderaan ringan," katanya.



Kolonel Che Adam juga mengatakan bahawa Sungai Nerus di Kampung Langkap telah melepasi tahap amaran 20 meter, dengan Sungai Nerus terus naik di Kampung Bukit tetapi masih di bawah tahap amaran 12 meter.



Beliau menambah, air sungai dijangka terus meningkat dan memberi amaran kepada penduduk yang berada di kawasan mudah banjir agar bersiap sedia untuk berpindah dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP).



Sementara itu, Amaran Cuaca Bahaya (Merah), iaitu hujan sangat lebat dijangka berterusan, dikeluarkan di beberapa daerah di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.



Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Encik Jailan Simon, berkata hujan lebat di empat daerah berkenaan dijangka sehingga 18 Disember depan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).



"Keadaan hujan lebat di negeri Pantai Timur semakin berterusan dan sehubungan dengan itu, Amaran Cuaca Buruk (Jingga) yang dikeluarkan sebelum ini, dinaik taraf kepada Amaran Cuaca Bahaya (Merah) dan berkuatkuasa sehingga Rabu, 18 Disember depan," katanya dalam satu kenyataan semalam.



Bagi kawasan lain di Pantai Timur, Amaran Cuaca Buruk (Jingga), iaitu hujan lebat dijangka berterusan, dikeluarkan di beberapa daerah di tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.



"Di Kelantan, daerah yang terbabit ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh manakala di Terengganu pula ialah Hulu Terengganu, Marang, Dungun serta Kemaman.



"Di Pahang pula membabitkan tiga daerah iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin," katanya.



Amaran Cuaca Waspada (Kuning), iaitu hujan lebat dijangka berlaku, pula dikeluarkan di beberapa daerah di Kelantan termasuklah Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai.



"Daerah di Pahang turut dikeluarkan Amaran Cuaca Waspada (Kuning) iaitu di kawasan Maran dan Bera," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >