Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Bank benih nasional Ukraine berisiko musnah dek perang

Jun 02, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Di sebuah bilik kebal bawah tanah berhampiran medan perang di Ukraine, kod genetik bagi hampir 2,000 tanaman kini berada dalam keadaan bahaya dimusnahkan.



Risiko itu menjadi tumpuan pada awal bulan ini apabila kemudahan penyelidikan berhampiran bank benih nasional Ukraine rosak, menurut Crop Trust, sebuah pertubuhan bukan mencari untung yang ditubuhkan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



Kemudahan tersebut dan juga bank benih Ukraine terletak di Kharkiv, timur laut Ukraine, telah dibom hebat oleh tentera Russia.



Reuters tidak dapat menentukan punca kerosakan, dan Crop Trust berkata hanya kemudahan penyelidikan itu terjejas, tetapi enggan memberi butiran lanjut dengan alasan keselamatan.



Hanya 4 peratus daripada benih yang berada dalam simpanan Ukraine - yang ke-10 terbesar seumpamanya di dunia - punya salinan atau sandaran benih yang disimpan di tempat lain.



"Bank benih adalah sejenis insurans hayat buat manusia.



"Ia menyediakan bahan mentah untuk membiak jenis tumbuh-tumbuhan baru yang tahan kemarau, perosak baru, penyakit baru dan suhu yang lebih tinggi," kata Encik Stefan Schmitz, pengarah eksekutif Crop Trust, kepada Reuters.



"Ia adalah kerugian amat tragik jika bank benih Ukraine dimusnahkan."



Pengarah bank benih itu tidak dapat dihubungi, akademi sains Ukraine pula enggan mengulas, dan kementerian pertahanan Russia tidak segera membalas permintaan agar mengulas mengenai kerosakan itu.



Penyelidik bergantung pada bahan genetik yang pelbagai yang disimpan oleh bank benih untuk membiak tumbuh-tumbuhan yang boleh menahan perubahan iklim atau penyakit.



Ia menjadi semakin penting demi memastikan makanan yang mencukupi dihasilkan setiap musim untuk memberi makan kepada 7.9 bilion penduduk dunia sedang cuaca dunia menjadi lebih ekstrem.



Pada masa sama, perang antara Russia dengan Ukraine - masing-masing pengeksport bijirin ketiga dan keempat terbesar dunia - telah menambah inflasi harga makanan dan menimbulkan bahaya kekurangan makanan, di samping tercetus bantahan di negara membangun yang biasanya mendapat manfaat daripada bijirin Ukraine.



Perang di Syria telah memberi pengajaran tentang kepentingan membuat sandaran benih menggunakan Bilik Kebal Benih Global Svalbard di Norway, kemudahan sandaran atau penduaan benih terbesar dan paling penting di dunia.



Pada 2015, bilik kebal Svalbard dapat menghantar sampel gantian gandum, barli dan rumput yang sesuai buat kawasan kering kepada penyelidik di Lebanon selepas bank benih berhampiran bandar Aleppo di Syria musnah.



Secara keseluruhan, Svalbard menyimpan dan memelihara lebih sejuta sampel benih dalam bilik kebal yang dibina di lereng gunung Artik. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >