Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bank Dunia gantung bantuan ke Aghanistan

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Bank Dunia menggantung bantuan kepada Afghanistan dengan menyatakan ia amat bimbang dengan keadaan di sana terutamanya berkaitan dengan hak asasi wanita, kata seorang jurucakap badan kewangan itu kepada AFP.



Bank tersebut menyuarakan kebimbangan tersebut selepas Taleban berjaya menguasai ibu kota Kabul pada 15 Ogos lalu sehingga menyebabkan Presiden Afghanistan ketika itu, Ashraf Ghani melarikan diri.



Seorang pegawai bank itu menyatakan pihaknya telah menghentikan pembiayaan operasi badan kewangan di negara berkenaan.



Ia kini turut memantau serta menilai situasi di negara tersebut.



Penggantungan itu dibuat ketika tentera Amerika Syarikat bersedia untuk berundur dari Afghanistan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan iaitu pada 31 Ogos ini.



Pada minggu lalu, Washington mengumumkan ia akan menafikan hak-hak Taleban untuk mengakses simpanan wang tunai dan emas negara berkenaan yang kebanyakannya disimpan di luar negara.



Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebelum ini turut mengumumkan operasinya di Afghanistan digantung termasuk program pinjaman yang bernilai AS$370 juta ($501 juta) kepada Afghanistan.



Langkah IMF itu dijangka akan terus memburukkan keadaan di Afghanistan sedang berjuta-juta rakyat Afghanistan menghadapi risiko kelaparan.



Ketua Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberi amaran bahawa agensi itu memerlukanAS$200 juta pada akhir tahun untuk meneruskan operasinya di Afghanistan setelah pengambilalihan Taleban.



Pengarah Eksekutif WFP David Beasley memberitahu Al Jazeera bahawa 14 juta orang di Afghanistan - satu pertiga daripada populasi - menghadapi masalah mendapatkan makanan.



Ia termasuk dua juta kanak-kanak yang sudah kekurangan zat makanan.



"Kami memerlukan dana ini sekarang kerana bakal menghadapi musim dingin akan datang.



"Kami mempunyai empat juta orang di kawasan paling sukar untuk dijangkau dalam musim sejuk," katanya.



Dalam masa yang sama, lebih 500 tan bekalan perubatan termasuk peralatan pembedahan dan kit bantuan kemanusiaan yang dijadual dihantar ke Afghanistan pada minggu ini terkandas disebabkan sekatan di lapangan terbang Kabul, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Menurut agensi-agensi bantuan amat penting sekali bagi bekalan perubatan dan makanan dihantar kepada sekitar 300,000 penduduk yang kehilangan tempat tinggal di Afghanistan sepanjang dua bulan lalu di tengah-tengah kemaraan Taleban yang berkesudahan dengan Kabul jatuh di tangan kumpulan itu.



Hampir 18.5 juta orang - separuh daripada penduduk Afghanistan - yang bergantung pada bantuan dan keperluan kemanusiaan itu dijangka meningkat disebabkan oleh musim kemarau.



Pengarah eksekutif agensi kebajikan kanak-kanak WHO Henriette Fore berkata sekitar 10 juta kanak-kanak di seluruh Afghanistan memerlukan bantuan kemanusiaan dan keadaan dijangka bertambah buruk. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >