Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bank Negara: M'sia hadapi cabaran, pertumbuhan lebih perlahan

Mar 24, 2016 | 10:20 AM



KUALA LUMPUR: Malaysia menghadapi cabaran penting pada jangka sederhana, dengan inflasi meningkat dan penggunaan serta pelaburan swasta lebih rendah dijangka menjejas pertumbuhan ekonomi pada 2016, kata bank pusat itu pada Rabu (23 Mac).



Ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara itu dijangka berkembang 4.0 - 4.5 peratus pada 2016, berbanding pertumbuhan 5 peratus tahun lepas, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laporan tahunannya.



Ia akan menjadi dua tahun berturut-turut pertumbuhan lebih perlahan.



Pertumbuhan ekonomi Malaysia, terjejas disebabkan harga tenaga lemah dan risiko yang dikaitkan dengan skandal kewangan melibatkan firma milik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Tahun lalu, nilai wata wang ringgit merosot ke paras terendah dalam enam tahun.



Ketua BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberitahu satu sidang media kenaikan harga minyak baru-baru ini tidak akan memberi kesan segera ke atas ekonomi Malaysia kerana beliau tidak menjangka harga minyak mentah melebihi AS$ 60 setong selama sekurang-kurangnya dua hingga tiga tahun.



Pertumbuhan penggunaan swasta dijangka meningkat di bawah paras puratanya pada jangka panjang pada 2016, manakala pertumbuhan pelaburan sektor swasta dijangka lebih perlahan berbanding lima tahun lalu berikutan ketidaktentuan dan pendekatan lebih berhati-hati, kata BNM.



Inflasi dijangka lebih tinggi pada 2016, antara 2.5 dan 3.5 peratus berbanding 2.1 peratus tahun lepas, sebahagiannya disebabkan oleh nilai ringgit lemah.



Bank pusat itu menjangka lebihan imbangan perdagangan berterusan pada 2016, walaupun lebih rendah, sebanyak RM79.5 bilion berbanding RM94.6 bilion pada 2015.



Lebihan akaun semasa pula dijangka RM19.1 bilion ringgit bagi 2016, turun daripada RM34 bilion tahun lalu.



"Pada jangka sederhana, cabaran yang Malaysia akan menghadapi dijangka kekal penting," kata Dr Zeti dalam laporan itu.



Cabaran yang meningkat bagi Malaysia datang di tengah-tengah skandal hutang lebih AS$11 bilion 1MDB, dan dana hampir AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Ketidakpastian juga dikaitkan dengan kepimpinan di bank pusat itu. Dr Zeti akan bersara pada 30 April tetapi belum ada pengumuman dibuat mengenai pengganti beliau. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >