Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

MALAYSIA

Bank pusat M'sia tidak akan tambat ringgit

Oct 06, 2022 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Bank pusat Malaysia tidak akan mengambil sebarang campur tangan drastik untuk menguruskan nilai ringgit, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

"Walaupun Bank Negara (Malaysia) tidak menyasarkan sebarang kadar pertukaran, ia sedang berusaha supaya tidak berlaku perubahan drastik atau melampau kepada nilai ringgit.

"Tindakan ini akan membantu perniagaan untuk merancang, sambil membolehkan pelaksanaan keputusan perniagaan dan pelaburan yang lebih baik," kata Tengku Zafrul.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Pakatan Harapan Encik Wong Hon Wai di Dewan Rakyat kelmarin.

Penyelesaian drastik seperti tambatan ringgit atau kawalan modal dalam menangani kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan menyulitkan lagi dasar monetari.

Tengku Zafrul berkata penyelesaian yang diperdebatkan banyak pihak juga dilihat membebankan rakyat dengan kos pembiayaan lebih tinggi serta menggugat keyakinan pelabur terhadap negara.

"Barangan Malaysia mendapat permintaan dan asas ekonomi kita juga kukuh. Keadaan ini pada akhirnya akan mengukuhkan semula ringgit.

"Negara tidak memerlukan penyelesaian kuno seperti tambatan mata wang atau kawalan modal. Ini adalah langkah berisiko yang tidak lagi membuahkan hasil," katanya.

Mei lalu, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan cadangan kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan tambatan mata wang yang diamalkan semasa Krisis Kewangan Asia 1997 dalam menangani ketidaktentuan ketara nilai ringgit dalam pasaran pertukaran asing.

Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menegaskan, tambatan ringgit mempunyai risiko dan penggantian yang besar serta ia bukan langkah yang terbaik untuk ekonomi Malaysia. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3