Topik diikuti
Pergi ke BHkuBank pusat Saudi percepat usaha bantu bank tempatan tangani harga rendah minyak

Sep 27, 2016 | 5:30 AM
Bank pusat Saudi percepat usaha bantu bank tempatan tangani harga rendah minyak
RIYADH: Bank pusat Arab Saudi mempercepat usaha menyokong bank-bank tempatan ketika negara itu berdepan dengan cabaran harga rendah minyak.
Agensi Kewangan Arab (AMA), nama lain bagi bank pusat negara itu, berkata ia memutuskan memberi bank sekitar 20 bilion riyal ($7.2 bilion) dalam bentuk deposit dengan tempoh matang tertentu "bagi pihak entiti kerajaan".