SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bantahan ganggu sambutan Hari Ibu di Hongkong

Bantahan ganggu sambutan Hari Ibu di Hongkong

May 11, 2020 | 8:04 AM

Bantahan ganggu sambutan Hari Ibu di Hongkong

DIBERKAS: Polis rusuhan Hong Kong memberkas beberapa penunjuk perasaan sewaktu bantahan antipemerintah sekali lagi berlaku di pusat bandar.
DIBERKAS: Polis rusuhan Hong Kong memberkas beberapa penunjuk perasaan sewaktu bantahan antipemerintah sekali lagi berlaku di pusat bandar. - - Foto AFP

HONGKONG: Polis rusuhan terpaksa dikerahkan bagi mengawal keadaan di pusat membeli-belah dan jalan-jalan di sekitar bandar setelah penunjuk perasaan prodemokrasi sekali lagi keluar melancarkan bantahan antipemerintah semalam (10 Mei), mengganggu sambutan Hari Ibu.

Tahun lalu, Hongkong dirundung rusuhan ganas selama tujuh bulan berturut-turut, dengan berjuta penunjuk perasaan berarak di jalan raya pusat bandar.

Meskipun hab kewangan itu berjaya menangani wabak Covid-19, bantahan kecil mula muncul sekali lagi sekitar dua minggu yang lalu.

Hongkong mula melonggarkan langkah-langkah jarak sosial pada Jumaat lalu, dengan beberapa pusat hiburan, gimnasium, spa kecantikan dan pawagam dibuka semula setelah penularan koronavirus berjaya dibendung.

Sebilangan besar tempat hiburan di Hongkong ditutup pada awal April lalu apabila bandar tersebut mengalami gelombang jangkitan kedua - terutama apabila penduduknya kembali dari Eropah dan Amerika Utara ketika wabak itu merebak dengan pantas di sana.

Meskipun begitu, pegawai kesihatan Hongkong membuat kemajuan yang memberangsangkan hasil program ujian, menjejak pesakit dan rawatan yang cekap.

Sehingga kini, Hongkong mencatat lebih dari 1,000 jangkitan dan hanya empat kematian. - AFP

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg