Premium
Bantahan ke atas tindakan AS masih berterusan
Dec 12, 2017 | 5:30 AM

KEADAAN MASIH TEGANG: Penunjuk perasaan Palestin bertempur dengan askar Israel berdekatan sempadan Israel-Gaza, ke timur bandar Khan Yunis di Jaluran Gaza, kelmarin. - Foto AFP -
BAITULMAKDIS: Bantahan terus meletus di Timur Tengah dan tempat lain kelmarin berkaitan perisytiharan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmakdais sebagai ibu kota Israel Rabu lalu, yang dikutuk dunia dan mencetuskan kekacauan di wilayah Palestin.
Presiden Turkey Recep Tayyip Erdogan turut mengecam keputusan Encik Trump dengan menyebut Israel sebagai "negara pengganas" yang "membunuh kanak-kanak".

