Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bantahan perintah berkurung kekang Covid-19 bertukar jadi rusuhan di Rotterdam

Nov 21, 2021 | 05:30 AM



THE HAGUE: Sejumlah individu dilaporkan cedera apabila polis Belanda melepaskan tembakan amaran susulan rusuhan yang meletus di Rotterdam membantah pelaksanaan perintah berkurung separa Covid-19, semalam.



Selain itu, polis menembak meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang turut mencetuskan kebakaran dan membakar bunga api di salah sebuah kawasan beli-belah utama di Rotterdam, selepas keadaan bertukar menjadi ganas.



Belanda menguatkuasakan perintah berkurung separa yang pertama bagi musim sejuk, Sabtu lalu, dengan pemerintah mengumumkan pelaksanaan sekatan untuk tempoh sekurang-kurang tiga minggu ke atas restoran, kedai dan acara sukan.



"Tunjuk perasaan yang bermula 8 malam di Coolsingel telah mengakibatkan rusuhan. Kebakaran berlaku di beberapa tempat dan bunga api turut dibakar.



"Polis melepaskan beberapa das tembakan amaran. Terdapat kecederaan yang berkait dengan tembakan," kata polis Rotterdam dalam satu kenyataan.



Seorang jurucakap polis mengesahkan kepada agensi berita AFP bahawa sekurang-kurang sebuah kereta polis dibakar ketika tunjuk perasaan itu, namun tidak memaklumkan bilangan individu yang cedera dalam kejadian berkenaan.



Sementara itu, gambar dipaparkan media Belanda serta media sosial menunjukkan beberapa skuter dan item lain turut dibakar dalam insiden terbabit.



Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan arahan kecemasan melarang orang ramai daripada berkumpul di kawasan terbabit bagi mengelakkan keganasan daripada berlarutan.



Selain itu, stesen kereta api utama di Rotterdam turut ditutup sementara.



Menurut arahan kecemasan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan Rotterdam, keadaan adalah sangat serius yang memerlukan tindakan diambil dengan keutamaan tertinggi.



"Arahan kecemasan perlu dikeluarkan bagi mengekalkan ketenteraman awam dan melindungi keselamatan orang ramai," katanya.



Belanda menguatkuasakan semula sekatan berikutan lonjakan kes Covid-19, dengan lebih 21,000 jangkitan baru dilaporkan, semalam.



Langkah itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Encik Mark Rutte, 12 November lalu dan mula berkuat kuasa pada keesokannya.



Langkah ini antaranya bar, restoran, kafe dan pasar raya mesti ditutup pada 8 malam, manakala kedai tidak penting pula pada 6 petang, setiap hari.



Pemerintah Belanda memaklumkan akan menilai semula keadaan pada 3 Disember depan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >