Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bantuan mungkin dipotong dek tindakan keras Taleban ke atas wanita: PBB

Mar 10, 2023 | 5:30 AM
e02aaf15-529d-4d27-8977-41f898a819ec
-

NEW YORK: Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan memberi amaran pada Rabu bahawa tindakan keras pentadbiran Taleban terhadap hak asasi wanita, boleh mengakibatkan berkurangnya bantuan dan pembiayaan pembangunan ke negara itu.

PBB telah membuat rayuan bantuan terbesarnya bagi sebuah negara, meminta AS$4.6 bilion ($6.23 bilion) pada 2023 untuk dihantar ke Afghanistan, yang dua pertiga penduduknya yang berjumlah 28 juta orang perlukan bantuan untuk hidup, kata Cik Roza Otunbayeva.

Namun, beliau memberitahu Majlis Keselamatan PBB bahawa menyediakan bantuan seperti itu berisiko kerana pentadbiran Taleban mengharamkan kaum wanita memasuki sekolah tinggi dan universiti, berkunjung ke taman, dan bekerja dengan kumpulan bantuan.

Kaum wanita Afghanistan - yang menyifatkan kebimbangan disekat daripada kehidupan awam sama seperti mengalami kematian ganas - juga dilarang keluar rumah tanpa ditemani saudara lelaki, dan mesti menutup muka.

"Pembiayaan untuk Afghanistan mungkin berkurangan jika kaum wanita tidak dibenarkan bekerja," kata Cik Otunbayeva.

"Jika jumlah bantuan dikurangkan, maka bantuan wang tunai dolar Amerika Syarikat untuk menyokong bantuan itu juga akan berkurangan."

Beliau berkata rundingan mengenai menyediakan lebih banyak bantuan pembangunan seperti projek prasarana kecil atau dasar bagi mengatasi kesan perubahan iklim telah terhenti disebabkan pengharaman itu.

Amerika penderma terbesar rancangan bantuan PBB 2022 di Afghanistan, dengan sumbangan lebih AS$1 bilion.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan pemotongan bantuan, jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Ned Price, berkata Washington sedang melihat implikasi larangan terhadap penghantaran bantuan dan berunding rapat dengan PBB. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg