Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PENULARAN VIRUS WUHAN

Banyak syarikat dunia gantung penerbangan ke China

Jan 31, 2020 | 05:30 AM



HONG KONG: Syarikat penerbangan serata dunia telah menggantung lebih banyak penerbangan ke China sedang pemerintah pelbagai negara mengetatkan kawalan terhadap perjalanan untuk menghentikan penyebaran virus Wuhan.



British Airways telah menghentikan penerbangan harian ke Beijing dan Shanghai dari Lapangan Terbang Heathrow di London, selepas pihak berkuasa Britain menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan perjalanan yang tidak penting.



Syarikat penerbangan itu akan menilai semula keputusan tersebut pada hari-hari akan datang.



Cathay Pacific Airways dari Hong Kong pula berkata ia akan mengurangkan penerbangan ke China sebanyak 50 peratus atau lebih mulai semalam.



Syarikat penerbangan Eropah dan Amerika Utara juga telah menyesuaikan jadual penerbangan masing-masing.



Dari 6 Februari hingga 30 April, Delta Air Lines akan menyediakan hanya 21 penerbangan ke China, berbanding 42 penerbangan sebelum ini.



Deutsche Lufthansa AG pula akan menggantung perkhidmatan mereka ke China hingga 9 Februari.



Air France pula menggantung penerbangan langsung ke Chengdu, Xiamen dan Hangzhou mulai semalam, dan mengurangkan jumlah penerbangan ke Shanghai daripada 11 kali seminggu kepada tujuh kali seminggu.



Pengubahan ini sejajar dengan usaha pihak berkuasa untuk menghentikan penyebaran virus yang bermula di Wuhan, China.



Dengan munculnya kes di negara seperti Jerman, syarikat penerbangan telah menghentikan penerbangan ke destinasi China lain.



Pelabur minyak juga telah membatalkan kontrak bagi minyak pesawat kerana menjangkakan penggantungan ini akan dilanjutkan.



Hampir 9 peratus penerbangan ke atau dari China telah dibatalkan daripada 23 Januari hingga 27 Januari, menurut kajian oleh Cirium, yang mengkaji sektor penerbangan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >