Topik diikuti
Pergi ke BHkuBapa Emma Maembong cedera ketika disamun
Aug 13, 2016 | 5:30 AM
Bapa Emma Maembong cedera ketika disamun
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai menyamun bapa pelakon Emma Maembong, Encik Ismael Maembong, di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) petang semalam.
Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai menaiki sebuah motosikal masuk ke kawasan bangunan Gapena di Jalan Bukit Petaling di sini sebelum menyamun mangsa yang ketika itu sedang berkarya, lapor Berita Harian Online semalam.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti