Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bapa mangsa tembakan rambang saman pembuat senjata api

Jun 05, 2022 | 05:30 AM



UVALDE (Texas): Kakitangan sekolah dan bapa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang maut dalam tembakan rambang di sekolah rendah di Uvalde, Texas, Amerika Syarikat, telah mengemukakan saman pada Khamis lalu terhadap Daniel Defense, syarikat pembuat senjata api yang digunakan dalam serangan tersebut.



Tragedi kira-kira seminggu lalu di Sekolah Rendah Robb itu menyaksikan 21 mangsa terbunuh termasuk 19 pelajar dan dua guru.



Peguam bagi Encik Alfred Garza, bapa kepada Amerie Jo Garza, dalam surat bertarikh 3 Jun itu, telah meminta Daniel Defense membekalkan maklumat berhubung konsep pemasarannya kepada remaja dan kanak-kanak.



"Kami meminta anda untuk mula memberikan maklumat kepada kami sekarang berbanding memaksa Garza memfailkan saman bagi mendapatkannya," menurut kandungan surat berkenaan.



Tiada saman difailkan setakat ini terhadap Daniel Defense susulan kes tembakan itu manakala Daniel Defense dari Black Creek, Georgia, tidak memberikan sebarang komen setakat ini.



Penembak dalam kes di Uvalde, Salvador Ramos, 18 tahun, telah menyerbu masuk ke dalam sekolah berkenaan pada 24 Mei lalu dan menembak mati 19 pelajar dan dua guru sebelum ditembak mati oleh pihak berkuasa.



Dia membeli senjata api yang digunakan secara sah pada ulang tahun kelahirannya yang ke-18, pada 17 Mei lalu.



Peguam Garza, Encik Josh Koskoff, mengetuai kes membabitkan tembakan di Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut, pada 2012, yang menyaksikan penyelesaian AS$73 juta ($100.36 juta) oleh pembuat senjata api, Remington, pada Februari lalu.



Ia adalah penyelesaian terbesar yang pertama bagi kes mengaitkan serangan tembakan secara besar-besaran dengan pembuat senjata, yang dilindungi undangundang persekutuan daripada disaman.



Dalam kes berasingan, kakitangan sekolah, Cik Emilia Marin, memfailkan saman di mahkamah Texas memohon perintah mewajibkan Daniel Defense menyerahkan dokumen berkaitan pemasarannya.



Cik Marin disenaraikan sebagai kerani patologi pertuturan dalam senarai kakitangan di laman sesawang Sekolah Rendah Robb.



Saman difailkan Cik Marin membolehkan parti itu memulakan siasatan berhubung sebagai tuntutan yang berpotensi.



Pembuat senjata api lazimnya dilindungi di bawah undang-undang Persekutuan dikenali sebagai Akta Perlindungan Perdagangan Sah Senjata Api atau PLCAA, jika senjata buatan mereka digunakan untuk tujuan jenayah.



Bagaimanapun, Mahkamah Agung Connecticut pada 2019 menolak saman difailkan waris mangsa kes Sandy Hook di bawah pengecualian PLCAA kerana pembuat senjata api, Remington, dikatakan melamggar undang-undang pemasaran negeri. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >