Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bapa penagih tetak anak hingga mati

Aug 15, 2018 | 05:30 AM



PUCHONG (Selangor): Seorang penagih dadah menetak anak lelakinya berusia lima tahun hingga mati di flat mereka di Puchong Permai, pada petang kelmarin.



Anak itu, yang sedang tidur di ruang tamu pada masa itu, ditetak tiga kali di kepala dan pergelangan tangan kanan oleh ayahnya yang berusia 35 tahun.



Lelaki itu, yang dilaporkan meracau, kemudian meletakkan mayatnya di luar flat mereka di tingkat empat, sebelum mengurungi dirinya.



Seorang saksi menghubungi polis pada 5.45 petang selepas ternampak mayat berdarah itu.



"Siasatan awal mendapati hanya suspek dan mangsa berada di rumah ketika kejadian tersebut.



"Polis merampas senjata yang digunakan, iaitu parang, di flat itu," kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Penjolong Pesuruhjaya (AC) Mohammad Azlin Sadari, dalam satu kenyataan malam kelmarin.



Mayat budak itu dihantar ke hospital bagi bedah siasat.



AC Azlin berkata suspek mendakwa ada "suara" memberitahunya supaya membunuh anaknya.



"Dipercayai bahawa suspek ketagihan ketum. Dia juga diuji positif bagi methamphetamine (syabu). Di samping itu, dia mempunyai rekod jenayah yang berkaitan dadah," katanya.



Seorang jiran di kejiranan itu, Mohd Rohim Mahrawi, pula memberita wartawan bahawa keluarga itu baru sahaja menyewa di rumah di sana sejak enam bulan lalu.



Ujarnya, ketika kejadian, isteri mangsa keluar bekerja dan suspek dikatakan menjaga anaknya itu.



"Suspek peramah dengan jiran tetangga di sini, dia selalu bawa anaknya keluar mengambil isteri di tempat kerja.



"Tidak sangka dia tergamak lakukan perkara sedemikian kepada anak tunggalnya itu," kata Rohim.



Polis sedang menyiasat kes itu di bawah Kanun Keseksaan. - NST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >