Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Barat kenakan sekatan baru atas Pengawal Revolusi Iran

Apr 26, 2023 | 05:30 AM



LONDON: Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Eropah mengenakan sekatan baru terhadap Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) atas dakwaan pencabulan hak asasi manusia oleh Teheran, yang telah respons.



Setiausaha Luar Britain, Encik James Cleverly, mengumumkan larangan perjalanan dan pembekuan aset ke atas empat individu dan IRGC "secara keseluruhannya".



Brussels pula menambah senarai lapan individu, termasuk penggubal undang-undang, komander rantau IRGC, pegawai pelaburan dan pengendali mudah alih Ariantel, ke dalam senarai sekatannya.



Firma telekomunikasi itu dituduh membantu pihak berkuasa mengesan penunjuk perasaan.



Encik Cleverly berkata larangan itu dibuat dalam penyelarasan dengan EU dan Amerika - kedua-duanya telah meningkatkan sekatan terhadap Iran dalam beberapa bulan kebelakangan ini.



UK dikenakan tekanan berulang kali daripada anggota parlimennya untuk melanjutkan sekatan ke atas IRGC dan menganggapnya sebagai pertubuhan pengganas.



Lebih 70 pegawai dan entiti Iran telah dikenakan pembekuan aset dan larangan perjalanan oleh UK sejak Oktober 2022.



Sekatan terbaru itu melibatkan empat komander yang IRGC di bawah pimpinan mereka melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan tidak bersenjata, mengakibatkan banyak kematian, termasuk kanak-kanak, kata pejabat asing itu.



Mereka juga "sewenang-wenangnya menahan dan menyeksa penunjuk perasaan", tambahnya.



"Rejim Iran bertanggungjawab bagi penindasan kejam rakyat Iran dan mengeksport pertumpahan darah ke seluruh dunia. Itulah sebabnya kami ada lebih 300 sekatan ke atas Iran, termasuk ke atas IRGC secara keseluruhannya," kata Encik Cleverly.



Sebanyak 27 negara EU telah mengenakan tujuh pusingan sekatan ke atas Iran sejak kematian Cik Mahsa Amini, selepas gadis berusia 22 tahun itu ditahan kerana didakwa melanggar kod pakaian ketat republik itu terhadap wanita.



EU telah menyasarkan lebih 150 individu, syarikat dan agensi.



Sebagai respons, Iran mengenakan sekatannya sendiri ke atas UK dan EU.



Washington turut melancarkan sekatannya sendiri terhadap empat pegawai tertinggi di IRGC. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >