KUALA LUMPUR: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi yang dipertandingkan. BN juga dijangka akan menang di beberapa kerusi lagi untuk meneruskan siri kemenangan bergaya selepas PRN Melaka pada November tahun lalu. Selepas 14 hari berkempen, pengundi Johor menunaikan tanggungjawab mereka dalam pesta demokrasi yang diadakan pada Sabtu. Selain kubu pertahanan utuh tradisional di bahagian selatan Johor, BN mendahului undian di beberapa kerusi kawasan bandar berhampiran Johor Bahru dan Pasir Gudang, zon ekonomi utama negeri ini. Kerusi di kawasan ini telah dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum 2018. BN yang menyaksikan kebangkitan semula dalam kejayaan politik sejak kegagalan yang tidak diduga dalam Pilihan Raya Umum 2018 menyertai pilihan raya di Johor kali ini sebagai parti yang disebut-sebut bakal menang dalam persaingan bersama Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, serta PH yang diketuai Anwar Ibrahim. Di teraju kepimpinan BN bagi kempen pilihan raya Johor ini adalah mantan Perdana Menteri, Najib Razak, yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyumbang pada tumpasnya BN di tangan PH pada Pilihan Raya Umum 2018. Akhbar The Straits Times melaporkan, kemenangan besar di Johor bererti pemimpin Umno yang berpihak pada Najib berkemungkinan akan mendesak rakan parti dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen dan mengumumkan Pilihan Raya Umum selepas pertengahan tahun ini. Pilihan Raya Umum belum sepatutnya diadakan hingga pertengahan 2023 tetapi kerjaan yang terbentuk kini terdiri daripada BN dan PN hanya mempunyai majoriti empat kerusi di Parlimen. Beberapa pemimpin Umno percaya pilihan raya awal akan mengumpulkan mandat lebih kuat buat parti ini. Bagaimanapun, kadar pengundi yang keluar mengundi di Johor rendah, hanya 50 peratus pengundi yang layak sehingga 4 petang, jelas Suruhanjaya Pilihan Raya. Dari segi angka mutlak yang datang mengundi, dilaporkan lebih 1.25 juta tampil mengundi pada Sabtu. Pada Pilihan Raya Umum 2018, jumlahnya hampir 1.33 juta orang.. Jumlah yang layak mengundi di Johor bertambah seganda kepada 2.5 juta orang selepas undang-undang baru dilaksanakan yang menurunkan usia mengundi kepada 18 tahun dan membolehkan pengundi yang layak tetapi tidak berdaftar untuk secara automatik disertakan dalam senarai pengundi. Beberapa parti baru yang ingin menerima sokongan daripada pengundi kali pertama turut diperkenalkan di pilihan raya Johor ini termasuk parti berpangkalan belia, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), yang dipimpin bekas menteri Kabinet, Syed Saddiq Abdul Rahman, Parti Pejuang Tanah Air pimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Warisan yang diketuai bekas Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal. Ahli politik pembangkang sebelum ini memberi amaran bahawa kurangnya jumlah pengundi di Johor akan memberi ruang kelebihan dan kemenangan buat BN yang menjelaskan ia menetapkan matlamat mengekalkan pentadbiran negeri itu dengan majoriti dua pertiga pengundi. Sehingga 9 malam Sabtu, PH dikatakan memenangi 12 kerusi DUN, PKR satu kerusi dan PN dengan dua kerusi setakat ini. Selain itu, empat kerusi DUN lain dilihat masih belum mempunyai dominasi penuh dan jumlah undi dengan persaingan yang agak rapat. Dalam pada itu, BN dilaporkan sedia memeterai kerjasama dengan mana-mana pihak selepas pilihan raya negeri Johor. Bagaimanapun, menurut Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, jika BN yang menang besar dalam pilihan raya itu, kerjasama tidak akan membawa erti lagi bagi gabungan berkenaan. "Setakat ini kami masih buka pintu dan kita sentiasa berlapang dada, berfikiran terbuka untuk kita bersama dengan mana-mana parti yang didaftarkan. "Tetapi kalau insya-Allah kita dapat dua pertiga, saya fikir kerjasama tidak bererti," katanya ketika tiba di pusat gerakan BN di Johor Bahru. Walaupun begitu, sekiranya BN benar-benar mampu menawan dua pertiga DUN Johor, Zahid memberikan bayangan bahawa gabungan itu akan memberikan "dukungan" kepada wakil rakyat pembangkang di negeri berkenaan. - The Straits Times/Astro Awani/Agensi Berita .

KUALA LUMPUR: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

BN juga dijangka akan menang di beberapa kerusi lagi untuk meneruskan siri kemenangan bergaya selepas PRN Melaka pada November tahun lalu.

Selepas 14 hari berkempen, pengundi Johor menunaikan tanggungjawab mereka dalam pesta demokrasi yang diadakan pada Sabtu.

Selain kubu pertahanan utuh tradisional di bahagian selatan Johor, BN mendahului undian di beberapa kerusi kawasan bandar berhampiran Johor Bahru dan Pasir Gudang, zon ekonomi utama negeri ini. Kerusi di kawasan ini telah dimenangi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum 2018.

BN yang menyaksikan kebangkitan semula dalam kejayaan politik sejak kegagalan yang tidak diduga dalam Pilihan Raya Umum 2018 menyertai pilihan raya di Johor kali ini sebagai parti yang disebut-sebut bakal menang dalam persaingan bersama Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin mantan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, serta PH yang diketuai Anwar Ibrahim.

Di teraju kepimpinan BN bagi kempen pilihan raya Johor ini adalah mantan Perdana Menteri, Najib Razak, yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menyumbang pada tumpasnya BN di tangan PH pada Pilihan Raya Umum 2018.

Akhbar The Straits Times melaporkan, kemenangan besar di Johor bererti pemimpin Umno yang berpihak pada Najib berkemungkinan akan mendesak rakan parti dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen dan mengumumkan Pilihan Raya Umum selepas pertengahan tahun ini. Pilihan Raya Umum belum sepatutnya diadakan hingga pertengahan 2023 tetapi kerjaan yang terbentuk kini terdiri daripada BN dan PN hanya mempunyai majoriti empat kerusi di Parlimen. Beberapa pemimpin Umno percaya pilihan raya awal akan mengumpulkan mandat lebih kuat buat parti ini. Bagaimanapun, kadar pengundi yang keluar mengundi di Johor rendah, hanya 50 peratus pengundi yang layak sehingga 4 petang, jelas Suruhanjaya Pilihan Raya. Dari segi angka mutlak yang datang mengundi, dilaporkan lebih 1.25 juta tampil mengundi pada Sabtu. Pada Pilihan Raya Umum 2018, jumlahnya hampir 1.33 juta orang.. Jumlah yang layak mengundi di Johor bertambah seganda kepada 2.5 juta orang selepas undang-undang baru dilaksanakan yang menurunkan usia mengundi kepada 18 tahun dan membolehkan pengundi yang layak tetapi tidak berdaftar untuk secara automatik disertakan dalam senarai pengundi. Beberapa parti baru yang ingin menerima sokongan daripada pengundi kali pertama turut diperkenalkan di pilihan raya Johor ini termasuk parti berpangkalan belia, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), yang dipimpin bekas menteri Kabinet, Syed Saddiq Abdul Rahman, Parti Pejuang Tanah Air pimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Warisan yang diketuai bekas Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal. Ahli politik pembangkang sebelum ini memberi amaran bahawa kurangnya jumlah pengundi di Johor akan memberi ruang kelebihan dan kemenangan buat BN yang menjelaskan ia menetapkan matlamat mengekalkan pentadbiran negeri itu dengan majoriti dua pertiga pengundi. Sehingga 9 malam Sabtu, PH dikatakan memenangi 12 kerusi DUN, PKR satu kerusi dan PN dengan dua kerusi setakat ini. Selain itu, empat kerusi DUN lain dilihat masih belum mempunyai dominasi penuh dan jumlah undi dengan persaingan yang agak rapat. Dalam pada itu, BN dilaporkan sedia memeterai kerjasama dengan mana-mana pihak selepas pilihan raya negeri Johor. Bagaimanapun, menurut Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, jika BN yang menang besar dalam pilihan raya itu, kerjasama tidak akan membawa erti lagi bagi gabungan berkenaan. "Setakat ini kami masih buka pintu dan kita sentiasa berlapang dada, berfikiran terbuka untuk kita bersama dengan mana-mana parti yang didaftarkan. "Tetapi kalau insya-Allah kita dapat dua pertiga, saya fikir kerjasama tidak bererti," katanya ketika tiba di pusat gerakan BN di Johor Bahru. Walaupun begitu, sekiranya BN benar-benar mampu menawan dua pertiga DUN Johor, Zahid memberikan bayangan bahawa gabungan itu akan memberikan "dukungan" kepada wakil rakyat pembangkang di negeri berkenaan. - The Straits Times/Astro Awani/Agensi Berita

Akhbar The Straits Times melaporkan, kemenangan besar di Johor bererti pemimpin Umno yang berpihak pada Najib berkemungkinan akan mendesak rakan parti dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan Parlimen dan mengumumkan Pilihan Raya Umum selepas pertengahan tahun ini.

Pilihan Raya Umum belum sepatutnya diadakan hingga pertengahan 2023 tetapi kerjaan yang terbentuk kini terdiri daripada BN dan PN hanya mempunyai majoriti empat kerusi di Parlimen. Beberapa pemimpin Umno percaya pilihan raya awal akan mengumpulkan mandat lebih kuat buat parti ini.

Bagaimanapun, kadar pengundi yang keluar mengundi di Johor rendah, hanya 50 peratus pengundi yang layak sehingga 4 petang, jelas Suruhanjaya Pilihan Raya.

Dari segi angka mutlak yang datang mengundi, dilaporkan lebih 1.25 juta tampil mengundi pada Sabtu. Pada Pilihan Raya Umum 2018, jumlahnya hampir 1.33 juta orang..

Jumlah yang layak mengundi di Johor bertambah seganda kepada 2.5 juta orang selepas undang-undang baru dilaksanakan yang menurunkan usia mengundi kepada 18 tahun dan membolehkan pengundi yang layak tetapi tidak berdaftar untuk secara automatik disertakan dalam senarai pengundi.

Beberapa parti baru yang ingin menerima sokongan daripada pengundi kali pertama turut diperkenalkan di pilihan raya Johor ini termasuk parti berpangkalan belia, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), yang dipimpin bekas menteri Kabinet, Syed Saddiq Abdul Rahman, Parti Pejuang Tanah Air pimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Warisan yang diketuai bekas Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal.

Ahli politik pembangkang sebelum ini memberi amaran bahawa kurangnya jumlah pengundi di Johor akan memberi ruang kelebihan dan kemenangan buat BN yang menjelaskan ia menetapkan matlamat mengekalkan pentadbiran negeri itu dengan majoriti dua pertiga pengundi.

Sehingga 9 malam Sabtu, PH dikatakan memenangi 12 kerusi DUN, PKR satu kerusi dan PN dengan dua kerusi setakat ini.

Selain itu, empat kerusi DUN lain dilihat masih belum mempunyai dominasi penuh dan jumlah undi dengan persaingan yang agak rapat.

Dalam pada itu, BN dilaporkan sedia memeterai kerjasama dengan mana-mana pihak selepas pilihan raya negeri Johor.

Bagaimanapun, menurut Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, jika BN yang menang besar dalam pilihan raya itu, kerjasama tidak akan membawa erti lagi bagi gabungan berkenaan.

"Setakat ini kami masih buka pintu dan kita sentiasa berlapang dada, berfikiran terbuka untuk kita bersama dengan mana-mana parti yang didaftarkan.

"Tetapi kalau insya-Allah kita dapat dua pertiga, saya fikir kerjasama tidak bererti," katanya ketika tiba di pusat gerakan BN di Johor Bahru.

Walaupun begitu, sekiranya BN benar-benar mampu menawan dua pertiga DUN Johor, Zahid memberikan bayangan bahawa gabungan itu akan memberikan "dukungan" kepada wakil rakyat pembangkang di negeri berkenaan. - The Straits Times/Astro Awani/Agensi Berita

.

--