Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Barisan pemimpin parti utama M'sia mengadap Agong

Jun 10, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Barisan pemimpin kanan parti politik utama Malaysia termasuk parti politik pembangkang, telah dipanggil untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara di sini bermula semalam.



Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah pemimpin pertama menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi semalam. Kenderaan yang dinaiki beliau dilihat tiba di Istana Negara pada 7.50 pagi sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam yang membawa Perdana Menteri itu dilihat keluar (gambar atas) dari pekarangan Istana Negara melalui pintu utama pada 8.56 pagi.



Pertemuan secara perseorangan itu kemudian disusuli Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tiba pada 10.35 pagi dan berlangsung sekitar sejam. Empat presiden bagi parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Isnin ini.



Empat pemimpin menghadap Seri Paduka semalam manakala dua lagi hari ini dan seorang esok.



LAPORAN LANJUT:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >