Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bas terjatuh dalam lubang benam di China, 6 maut

Jan 14, 2020 | 5:37 PM
c93d3e80-64dc-49bb-bd6c-1987444712fb
-

BEIJING: Sebuah bas dan beberapa pejalan kaki 'ditelan' lubang benam besar di China, menyebabkan letupan dan mengorbankan enam orang sementara 10 yang lain masih hilang, menurut media tempatan Selasa (14 Jan).

Rakaman menunjukkan orang ramai di perhentian bas melarikan diri dari jalan raya yang sedang tenggelam sementara sebahagian bas tersebut jatuh ke dalam lubang.

Beberapa orang, termasuk seorang kanak-kanak, terjatuh ke dalam lubang tersebut sementara ia menjadi lebih besar.

Insiden tersebut, yang terjadi di luar sebuah hospital, menyebabkan letupan dalam lubang tersebut, berdasarkan video itu.

Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan punca kejadian masih disiasat, menurut media tempatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg