Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bateri fon kepala meletup dalam penerbangan ke Australia

Mar 15, 2017 | 11:01 AM
Muka dan leher wanita itu kehitaman dek terbakar sementara tangannya melepuh.
Muka dan leher wanita itu kehitaman dek terbakar sementara tangannya melepuh. - GAMBAR BIRO KESELAMATAN PENGANGKUTAN AUSTRALIA

SYDNEY: Muka dan tangan seorang wanita melecur selepas fon kepalanya terbakar semasa penerbangan ke Australia, kata pihak berkuasa pada Selasa (15 Mac) apabila ia memberi amaran mengenai bahaya peranti yang menggunakan bateri dalam pesawat.

Penumpang itu sedang mendengar muzik pada fon kepalanya sendiri, yang menggunakan bateri, apabila beliau tertidur dalam penerbangan dari Beijing ke Melbourne pada 19 Feb dan terdapat satu letupan kuat.

"Apabila saya menoleh, saya rasa terbakar pada muka saya," katanya kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), yang menyiasat kejadian itu.

"Saya memegang kuat muka saya, membuat fon kepala itu pergi sekitar leher saya. Saya terus berasa terbakar jadi saya mengambil fon kepala itu dan melemparkannya di lantai.

"Ia bercahaya dan ada api kecil."

Kru penerbangan bergegas membantu dan mencurahkan sebaldi air pada fon kepala itu, tetapi bateri dan penutupnya telah cair dan melekat pada lantai.

Gambar menunjukkan muka dan leher wanita itu, yang tidak dinamakan, kehitaman dan tangannya melepuh, sementara penumpang terpaksa menahan bau plastik cair, barang elektronik dan rambut terbakar sepanjang baki masa penerbangan.

"Orang ramai batuk dan tersedak sepanjang perjalanan pulang," kata wanita itu.

Biro keselamatan pengangkutan, yang tidak mengenal pasti syarikat penerbangan terlibat, menilai bahawa bateri lithium-ion dalam peranti itu mungkin terbakar.

Ia mengingatkan pelancong supaya menyimpan peranti yang menggunakan bateri dalam penyimpanan yang diluluskan melainkan jika ia sedang digunakan.

Bateri ganti perlu disimpan dalam bagasi, katanya. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg