Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayi 17 bulan mati dek HFMD di Penang

Jul 31, 2018 | 11:37 AM
470ed639-7783-434b-a98a-b0a419193905
-

NIBONG TEBAL - Seorang bayi 17 bulan meninggal dunia di Penang pada 6 Jun lalu akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), kata Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Lee Boon Chye.

Dr Lee berkata kematian tersebut merupakan yang pertama di Malaysia akibat HFMD dan ujian makmal yang dilakukan pada sampel tisu bayi itu mengesahkan bahawa kematiannya adalah disebabkan penyakit tersebut.

"Kanak-kanak lelaki itu dimasukkan ke hospital privet Bayan Lepas, Penang, pada 3 Jun selepas mengalami flu, kesukaran bernafas dan ulser mulut tetapi keadaannya merosot dan dia meninggal dunia tiga hari selepas menerima rawatan di hospital.

"Ujian yang dilakukan pakar mengesahkan bahawa kematiannya itu adalah disebabkan jangkitan paru-paru akibat komplikasi dari Enterovirus 71 (EV71) yang menyebabkan HFMD," kata beliau kepada para wartawan semalam.

Sabtu lalu (21 Julai), seorang kanak-kanak lelaki berusia dua setengah tahun dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah di Sarawak, meninggal dunia, dipercayai juga disebabkan HFMD.

Kanak-kanak itu dikatakan demam pada Selasa (17 Julai) dan mengalami ruam pada tangan dan kakinya serta mempunyai ulser mulut keesokan harinya.

Dalam pada itu, Dr Lee berkata sejak Januari hingga kini, sebanyak 39,174 kes HFMD diketahui di seluruh Malaysia, dan menambah bahawa kementeriannya sedang meningkatkan usaha membendung wabak tersebut. - Bernama

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg