Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bayi antara 9 maut dalam nahas kereta terhumban ke sungai di Sarawak

Jan 03, 2021 | 05:30 AM



KUCHING: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan adalah antara sembilan orang yang meninggal dunia ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terhumban ke Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso, kira-kira 120 kilometer dari sini.



Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Bingkok John berkata kenderaan jenis Ford Ranger itu yang dipandu oleh wanita berusia 33 tahun, Cik Ronany Ting, dalam perjalanan dari Kapit menuju ke Kuching menggunakan Jalan Beladin-Meludam.



Pemandu itu cuba menaiki feri untuk menyeberangi sungai di Kecamatan Sebuyau kelmarin, laman The Star.



Selain Cik Ronany, tragedi kira-kira berlaku pada 3 petang itu turut mengorbankan lapan lagi penumpang iaitu Ciik Siti Aisha Abdullah, 36 tahun; tiga remaja yang dikenal pasti sebagai Nor Shuhada Mohamad, 16 tahun; Khairunnisa Muhamad, 14 tahun; Alvin Phang, 12 tahun dan tiga kanak-kanak lelaki iaitu Wallace Phang, tujuh tahun; Mohd Aiman Mohd Hamdan, tujuh tahun dan Muhd Mustaqim Mohd Hamdan, lima tahun.



Bayi lelaki berusia empat bulan dikenal pasti sebagai Mohd Ahmad Mohd Hamdan.



Dipercayai bahawa penumpang dalam perjalanan untuk ke sekolah agama di Kuching. Feri menyediakan akses ke selatan Sarawak yang merangkumi Kuching.



Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, sembilan mangsa itu berasal dari Kapit.



Seorang saksi merakamkan kejadian itu dalam video, yang kemudian memuat naiknya ke media sosial sehingga tular.



"Klip selama tujuh minit itu menunjukkan orang awam melompat ke dalam air untuk menarik mangsa keluar dari kenderaan.



"Mereka juga menggunakan CPR dalam usaha menyelamatkan mangsa," kata saksi itu.



Pihak jabatan setelah menerima panggilan kecemasan mengerahkan dua pasukan anggota bomba dari stesen Saratok dan Simunjan tetapi mereka mengambil masa berjam-jam untuk sampai ke tempat kejadian kerana jarak jauh.



Saratok terletak kira-kira 98 kilometer dari tempat kejadian manakala Simunjan terletak sekitar 62 kilometer dari terminal feri. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >