Bayi cacat di Brazil dek Zika turut alami kecacatan penglihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayi cacat di Brazil dek Zika turut alami kecacatan penglihatan

Jan 29, 2016 | 10:39 AM

Bayi cacat di Brazil dek Zika turut alami kecacatan penglihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Bayi perempuan ini, Milena, antara yang mengalami microcephaly, yang dikaitkan dengan virus Zika bawaan nyamuk, di sebuah hospital di Recife, Brazil. Microcephaly menyebabkan kepala bayi luar biasa kecil, dan sekarang ia didapati boleh membuat bayi cacat penglihatan dan pendengaran. Gambar REUTERS
Bayi perempuan ini, Milena, antara yang mengalami microcephaly, yang dikaitkan dengan virus Zika bawaan nyamuk, di sebuah hospital di Recife, Brazil. Microcephaly menyebabkan kepala bayi luar biasa kecil, dan sekarang ia didapati boleh membuat bayi cacat penglihatan dan pendengaran. Gambar REUTERS -

BRAZIL: Kanak-kanak yang dilahirkan dengan kepala luar biasa kecil dan kecacatan otak yang dikaitkan dengan wabak virus Zika di Brazil juga mengalami kerosakan serius pada penglihatan dan mungkin juga pendengaran mereka, menurut doktor pada Khamis (28 Jan).

Separuh daripada 135 bayi yang diperiksa di sebuah pusat pemulihan di bandar Recife di timur laut Brazil mempunyai penglihatan terhad disebabkan kecacatan saraf optik dan retina, dan ramai juling, kata pakar mata Camila Ventura.

"Mata mereka berparut seumur hidup," kata Dr Ventura. "Antara 40 dan 50 peratus daripada mereka mempunyai kecacatan penglihatan serius."

Bayi-bayi itu antara 3,700 kes yang dilaporkan di Brazil sejak tahun lalu mengenai bayi baru lahir mengalami keadaan saraf yang dipanggil microcephaly, yang dikaitkan dengan virus bawaan nyamuk Zika, yang mencetuskan kebimbangan kesihatan di seluruh benua Amerika.

Peningkatan kes microcephaly jarang berlaku sebelum ini dan saintis belum membuktikan secara mutlak ia disebabkan oleh Zika.

Namun, keadaan terjejas akan mengalami masalah pembelajaran dan fungsi motor mereka terjejas.

Doktor di Altino Ventura pusat pemulihan Altino Ventura di Recife sedang menguji penglihatan dan pendengaran bayi terjejas bagi menentukan apakah mereka dapat melihat dan mendengar, sebelum memberi terapi untuk merangsang otak mereka.

Daniele Ferreira Santos, 29 tahun, berkata anaknya yang berusia dua bulan, Juan Pedro, boleh mendengar tetapi mengalami kesukaran melihat.

Dr Ventura berkata bayi terjejas perlu menjalani terapi bagi merangsang penglihatan mereka dalam tempoh tiga hingga enam bulan pertama kehidupan mereka atau penglihatan tidak akan bertambah baik.

Dalam surat kepada editor yang disiarkan minggu lalu oleh sebuah jurnal Britain, The Lancet, beliau dan pasukannya memaklumkan msyarakat perubatan mengenai masalah penglihatan yang ditemui dalam kanak-kanak Brazil yang mengalami microcephaly yang dipercayai disebabkan jangkitan Zika dijangkit ibu mereka pada peringkat awal kehamilan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Khamis bahawa virus itu "sedang merebak dengan besar" dan boleh menjangkiti seramai empat juta orang di seluruh benua Amerika. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg