Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bayi dilahir di pesawat tentera AS diberi nama Reach

Aug 27, 2021 | 05:30 AM



BERLIN: Seorang bayi yang dilahirkan di pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) ketika keluarganya melarikan diri dari Afghanistan diberikan nama Reach.



Jurucakap yang juga pegawai tentera berkata, nama itu diberi bersempena kod pesawat.



Bayi itu selamat dilahirkan pada Sabtu lalu ketika ibu bapanya diterbangkan ke pangkalan tentera di Jerman.



Sebaik pesawat mendarat, pegawai perubatan tentera membantu wanita itu melahirkan bayinya di dalam kargo pesawat.



Ibu dan anak itu kemudian dibawa ke hospital berdekatan.



Setiap pesawat Tentera Udara AS mempunyai nama kod untuk berkomunikasi dengan pesawat dan menara kawalan yang lain.



Kod untuk pesawat kargo C-17 lazimnya bermula dengan 'Reach' diikuti dengan angka di belakang.



Ketua Komando Eropah AS, Jeneral Tod Wolters berkata, nama kod untuk pesawat yang membawa keluarga Afghanistan selamat adalah 'Reach 828'.



Oleh kerana itu, ibu bapa bayi berkenaan sepakat memberi nama Reach kepada anak mereka.



"Reach dan ibu bapanya menuju ke AS bersama dengan pelarian Afghanistan yang lain.



"Seramai 7,000 individu dievakuasi dari Kabul melalui pangkalan AS di Eropah sejak 20 Ogos dan hanya 100 individu memerlukan rawatan perubatan.



"Daripada 100 individu, seramai 25 orang dimasukkan ke hospital tempatan dan 12 bayi dibenarkan keluar.



"Dua bayi lain dilahirkan selepas ibu mereka mendarat di pangkalan udara Ramstein," katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >