Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bayi 'kursemangat' tarik perhatian, pakai lampin XXXL dan baju ayah

Feb 24, 2023 | 4:50 PM
Berat badan Muhammad Kenzi Alfaro, 16 bulan, dari Kota Bekasi, Jawa Barat, kini mencecah 27 kilogram, seberat budak berusia lapan tahun. -
Berat badan Muhammad Kenzi Alfaro, 16 bulan, dari Kota Bekasi, Jawa Barat, kini mencecah 27 kilogram, seberat budak berusia lapan tahun. - - FOTO: TWITTER/Midjan-La-2

SEORANG bayi berusia 16 bulan di Indonesia bukan sahaja perlu memakai lampin saiz XXXL tetapi juga perlu memakai pakaian ayahnya.

Berat badan Muhammad Kenzi Alfaro - yang bertambah secara pesat - kini mencecah 27 kilogram, seberat seorang budak berusia lapan tahun.

Jika dibandingkan dengan bayi seusia lain, berat badan purata seorang bayi 16 bulan adalah 10 kilogram.

Dalam satu program berita tempatan, ibunya Cik Pitriah berkata: "Dia tidak muat pakaian bayi biasa."

Rakaman video yang menunjukkan Cik Pitriah kelihatan mengalami kesukaran mendukung anaknya itu di rumahnya di Kota Bekasi, Jawa Barat menjadi tular di media sosial.

Disebabkan berat badannya itu, Kenzi tidak berupaya berdiri atau berjalan sendiri. Ibu bapanya perlu meletakkannya di sebuah kereta tolak.

Bagaimanapun ia tetap merupakan satu hambatan bagi mereka kerana Kenzi terlalu berat bagi kereta tolaknya itu.

Dia juga hanya boleh memakai lampin XXXL dan baju ayahnya.

"Ayahnya pula merupakan seorang yang agak kecil, jadi kadang-kadang saya akan memakaikan baju ayahnya," kata Cik Pitriah, 40 tahun.

Beliau juga berkata ia agak susah untuk mendapat saiz lampin yang sesuai bagi anak lelakinya itu, kerana bandar kecil yang mana terletak rumahnya itu tidak mempunyai bekalan lampin XXXL yang banyak.

"Jadi saya memakaikannya saiz XXXL," katanya sambil menambah, Kenzi hanya akan dipakaikan lampin pada waktu malam ekoran kesempitan wang yang dialami keluarga itu.

Berat badan Kenzi sewaktu dia dilahirkan adalah 4 kilogram. Namun menurut Cik Pitriah, berat badannya mula bertambah setiap minggu sejak berusia enam bulan.

"Oleh kerana saya tidak berupaya menghasilkan susu badan, saya berikan kepadanya susu formula, yang dia minum sebanyak empat kali sehari. Tetapi dari usia enam bulan, berat badannya mula naik dengan cepat," katanya kepada rancangan berita Indonesia, Liputan 6.

Portal berita detik.com mendedahkan bayi itu sebenarnya telah diberi susu pekat untuk diminum sebagai ganti susu badan kerana ibunya mempunyai sejarah menghidap penyakit batu karang hempedu

Menteri Kesihatan Republik Indonesia, Encik Budi Gunadi Sadikin telah meminta agar pegawai kesihatan memantau kes Kenzi itu dan menawarkan rawatan.

Kini, Kenzi diperhatikan secara kerap dan menerima rawatan mengurangkan berat badan di hospital.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg