SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bayi maut tercampak dari tangan ibu yang tersandung di eskalator di Uzbekistan

Bayi maut tercampak dari tangan ibu yang tersandung di eskalator di Uzbekistan

Feb 1, 2017 | 3:22 PM

Bayi maut tercampak dari tangan ibu yang tersandung di eskalator di Uzbekistan

Wanita itu kelihatan tersandung pakaian beliau semasa di eskalator, menyebabkan bayinya tercampak dari tangannya.
Wanita itu kelihatan tersandung pakaian beliau semasa di eskalator, menyebabkan bayinya tercampak dari tangannya. - GAMBAR DARIPADA SKRIN DARI VIDEO DAILY MAIL

ANDIJAN: Seorang bayi dilaporkan meninggal dunia setelah jatuh 12 meter ke bawah di pusat beli-belah O'zbegim di Uzbekistan, apabila seorang ibu muda tersandung baju panjangnya semasa di eskalator.

Rakaman dari kamera keselamatan yang tersebar dalam talian menunjukkan wanita itu turun menggunakan eskalator dari tingkat empat sambil mendukung seorang bayi di tangan kanannya.

Beliau memegang seorang kanak-kanak lebih tua dengan tangan kirinya.

Pakaian wanita itu kemudian kelihatan tersangkut, menyebabkan beliau tersandung dan bayi itu tercampak dari tangan beliau.

Akhbar Daily Mail melaporkan bahawa petugas kecemasan bergegas ke tempat kejadian tetapi tidak dapat menyelamatkan bayi itu.

Tidak jelas bila kejadian menyedihkan itu berlaku, dan sama ada bayi tersebut lelaki atau perempuan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg