Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beberapa permit eksport minyak sawit digantung

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia akan menggantung beberapa permit eksport minyak sawit untuk menjamin keperluan bekalan domestik, di tengah kenaikan harga minyak masak itu, menjelang sambutan perayaan Islam, kata menteri kanan, Encik Luhut Pandjaitan.



Pengeksport minyak sawit telah mengumpulkan sejumlah besar kuota pengiriman pada 2022 dan mereka kini mempunyai sedikit insentif untuk membekalkan bahan itu bagi pasaran domestik, ujar beliau.



Indonesia mengeluarkan permit eksport minyak sawit kepada syarikat-syarikat yang telah menjual sebahagian pengeluarannya di pasaran domestik, di bawah peraturan "Obligasi Pasaran Domestik (DMO)".



DMO itu kini membolehkan jumlah eksport sebanyak enam kali ganda daripada jumlah yang dijual di dalam negara.



"Pengeksport boleh gunakan hak mengeksport mereka selepas keadaan bekalan mantap," kata Encik Luhut, selaku Menteri Penyelaras Ehwal Maritim dan Pelaburan.



Encik Firman Hidayat, seorang pegawai di kementerian yang sama, berkata sekitar satu pertiga daripada kuota eksport sekarang, boleh digunakan, sementara selebihnya boleh digunakan selepas 1 Mei.



Beliau menambah, para pengeksport memegang permit eksport untuk sekitar 5.9 juta tan, pada hujung bulan Januari lalu. Mereka boleh menambah jumlah kuota itu apabila mereka menambah bekalan untuk pasaran domestik.



Minyak sawit yang digunakan setiap hari bagi pembuatan minyak masak dan coklat hingga sabun pencuci dan makanan haiwan ternakan.



Indonesia merupakan pengeksport utama minyak sawit di dunia, menurut data dari maklumat pasaran dan pengguna, Statista.



Ia mengeluarkan sekitar 51.3 juta tan minyak sawit pada 2022 dan mengeksport 33.7 juta tan, seperti yang dianggarkan Persatuan Minyak Sawit Indonesia (GAPKI).



Tahun ini, jumlah yang dianggarkan adalah 50.82 juta tan pengeluaran dan 26.42 juta tan untuk dieksport.



Pada 2020, Singapura mengimport AS$228 juta (S$302 juta) minyak sawit dari Indonesia, iaitu sekitar 58 peratus import minyak sawit Singapura keseluruhannya.



Singapura juga mengimport minyak sawit dari Malaysia, Holland, Kenya dan Vietnam.



Januari lalu, Kementerian Perdagangan Indonesia berkata syarikat-syarikat minyak sawit diarahkan supaya menambah jumlah bekalan domestik kepada 450,000 tan sebulan sehingga April, tambahan sekitar 300,000 tan pada bulan sebelumnya.



Harga makanan biasanya naik menjelang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, yang dijadualkan April tahun ini. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >