Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Beberapa wilayah AS dilanda taufan, kebakaran hutan

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



TEXAS: Sebahagian kawasan di Amerika Syarikat dilanda bencana alam yang buruk dengan ribut taufan 'Nicholas' yang membadai Teluk Mexico kelmarin kini dikhuatiri menghempas di pantai Texas, dua minggu selepas Taufan 'Ida' meranapkan kawasan kejiranan di tepi pantai Louisiana.



Amaran ribut taufan telah dikeluarkan kelmarin bagi pesisiran sepanjang 113km di pantai Selatan Texas, dari Pelabuhan Aransas ke Teluk Matagorda, yang diramal akan segera menyebabkan banjir yang mengancam nyawa dari ombak besar yang menghempas ke kawasan darat sebelum pukulan 'Nicholas'.



Ombak setinggi 1.5 meter yang menghempas tanpa henti mungkin berlaku di beberapa tempat semasa air pasang, menurut Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat (NHC) yang berpangkalan di Miami.



'Nicholas', ribut ke-14 bagi musim taufan Atlantik 2021, juga dijangka menyebabkan hujan lebat di serata Texas, dengan curahan sehingga 51 sentimeter di beberapa kawasan, dari Ahad sehingga ke pertengahan minggu, menurut NHC dalam kenyataan nasihat terkini.



Dengan kelajuan angin maksimum yang tekal di paras 65 kilometer sejam (ksj) pada tengah hari kelmarin, 'Nicholas' dijangka menuruti ramalan untuk membadai Pantai Teluk Texas, yang merupakan pusat bagi pelbagai kilang penapisan minyak dan loji kimia semalam, sebelum reda menjelang malam, atau awal hari ini, kata NHC.



Kelmarin, Gabenor Louisiana, Encik John Bel Edwards, kembali mengisytiharkan darurat menjelang serangan ribut taufan.



Gabenor Texas, Encik Gregg Abbott, juga mengambil tindakan serupa dan membuat kenyataan di media sosial Twitter, menggesa penduduk membuat persiapan bagi menghadapi hujan lebat dan banjir yang mungkin berlaku.



Bulan ini, syarikat-syarikat dalam industri pengeluaran bahan tenaga di Pantai Teluk Amerika Syarikat terkapai-kapai dengan pemulihan yang tidak setara akibat Taufan 'Ida'.



Kekurangan pekerja, kuasa dan bahan bakar bermakna kebanyakan pengeluaran minyak dan gas di rantau itu terjejas untuk berhari-hari selepas berlakunya ribut.



Lebih 24 kematian di Loisiana dipercayai disebabkan oleh Taufan 'Ida', yang membadai dataran pada 29 Ogos sebagai taufan kategori ke-4.



Sekurang-kurangnya 50 orang lagi terkorban di kawasan pinggir laut di timur Amerika, kebanyakannya akibat banjir kilat yang berpunca dari hujan lebat yang berlaku selepas ribut mengarah ke utara.



Selain ribut taufan, kebakaran besar pula 'membaham' hutan di California.



Namun, kesemua laluan lebuh raya Interstate 5 di selatan negeri di barat Amerika itu, telah dibuka semula susulan kejayaan pasukan bomba memadamkan kebakaran hutan.



Kebakaran yang tercetus kelmarin di kawasan bukit berdekatan utara Los Angeles merebak sehingga 182 hektar.



Ia turut menyebabkan kebanyakan laluan lebuh raya terpaksa ditutup, malah dua anggota bomba dilaporkan mengalami kecederaan.



Bagaimanapun, kebakaran itu dilaporkan berjaya dikawal dengan bantuan pelepasan air daripada helikopter dan usaha memadamkan api di lokasi kejadian.



Saintis berkata, perubahan cuaca akibat perbuatan manusia kini membuatkan wilayah barat Amerika lebih kering dan terdedah kepada ancaman kebakaran yang lebih teruk berikutan peningkatan suhu global akibat pembakaran bahan api fosil. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >