Beijing sahkan kes Zika pertama wanita balik dari Venezuela, Guangdong alami ke-12

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beijing sahkan kes Zika pertama wanita balik dari Venezuela, Guangdong alami ke-12

May 16, 2016 | 11:39 AM

Beijing sahkan kes Zika pertama wanita balik dari Venezuela, Guangdong alami ke-12

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Seorang pekerja kesihatan mewasap di luar rumah di sebuah kawasan kejiranan selepas pemerintah Nicaragua mengisytiharkan amaran epidemiologi kerana peningkatan kes demam denggi dan Zika di ibu negara Managua pada 9 Mei 2016.
Seorang pekerja kesihatan mewasap di luar rumah di sebuah kawasan kejiranan selepas pemerintah Nicaragua mengisytiharkan amaran epidemiologi kerana peningkatan kes demam denggi dan Zika di ibu negara Managua pada 9 Mei 2016. - REUTERS

BEIJING: Pihak berkuasa Beijing berkata pada Ahad (15 Mei) bandar itu telah mempunyai kes import Zika pertamanya, manakala Guangdong melaporkan kes import ke-12 di wilayah selatan itu.

Pesakit di Beijing, seorang wanita berusia 29 tahun dari wilayah Shandong timur, menghadapi ruam kulit dan demam di Venezuela pada 11 Mei waktu tempatan dan kembali ke China pada 13 Mei waktu Beijing, umum suruhanjaya kesihatan dan perancangan keluarga di ibu negara itu dalam satu kenyataan.

Beliau disahkan positif virus Zika pada Ahad dan kini menerima rawatan di hospital.

Bagaimanapun, pakar daripada suruhanjaya itu berkata risiko penyakit tersebut merebak di Beijing adalah rendah.

Di Guangdong, suruhanjaya kesihatan dan perancangan keluarga wilayah itu berkata pada Ahad bahawa seorang lelaki berusia 37 tahun, seorang warga China yang tinggal di Venezuela, mengalami ruam kulit dan demam selepas kembali ke Enping City pada 28 April dan disahkan positif virus tersebut pada Sabtu.

Beliau kini diasingkan di hospital dan mendapat rawatan, kata pihak berkuasa.

Gejala Zika termasuk demam, sakit sendi, ruam, konjunktivitis, sakit kepala dan sakit otot. - Xinhua

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg