Premium
Bekalan air ke Delhi berjaya dipulih selepas disabotaj
Feb 24, 2016 | 5:30 AM
DIKAWAL TENTERA: Bekalan air di New Delhi telah mula dipulihkan selepas tentera India berjaya menawan semula Terusan Munak daripada puak suku kaum Jat. - Foto AFP -
DELHI: Bekalan air bersih yang terputus di New Delhi selepas sekumpulan penunjuk perasaan melakukan sabotaj terhadap terusan yang membekalkan air ke ibu negara itu hingga menjejas 10 juta penduduk telah mula dipulihkan secara bertahap-tahap semalam.
Ketua Lembaga Air Delhi, Encik Keshav Chandra, memberitahu BBC bahawa pihaknya memerlukan masa selama tiga hingga empat hari untuk memulihkan bekalan air itu.

