Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekalan air Sydney merosot akibat kemarau

Aug 16, 2019 | 4:41 PM
DILANDA KEMARAU: Cuaca panas terik di Sydney menyebabkan paras air di empangan bandar itu merosot pada kadar paling pantas yang pernah dicatat. -Foto REUTERS.
DILANDA KEMARAU: Cuaca panas terik di Sydney menyebabkan paras air di empangan bandar itu merosot pada kadar paling pantas yang pernah dicatat. -Foto REUTERS. -

BANDAR terbesar Australia, Sydney, sedang menghadapi situasi genting di mana bekalan airnya merosot pada kadar paling pantas yang pernah dicatatkan.

Menurut laporan Reuters, paras air yang bertakung di empangan-empangan Sydney dijangka merosot sebanyak setengah akibat kemarau paling teruk yang pernah dicatat, kata pemerintah Australia hari ini (16 Ogos).

Empangan Warragamba, iaitu sumber bekalan air utama bandar tersebut, menakung air sebanyak 51.4 peratus sahaja, turun 17.8 peratus berbanding tahun lalu.

Jumlah air yang mengalir ke empangan itu hanya 10 peratus daripada kadar yang tercatat pada tahun lalu, menurut Pihak Pengawal Negeri New South Wales (NSW), WaterNSW.

Paras air di 11 empangan Sydney berada di paras 50.1 peratus, sekaligus memaksa pihak berkuasa menguat kuasa sekatan air beberapa bulan kebelakangan ini.

"Kami tidak pernah melihat kadar peraliran air seperti ini," kata Menteri Air, Hartanah dan Perumahan NSW, Cik Melinda Pavey.

"Tempat takungan air yang dipercayai dapat bertahan lama... kini menghadapi kekurangan air yang kritikal," tambahnya.

Jika kadar penurunan air di Sydney berlarutan, air di empangan bandar tersebut akan hanya dapat bertahan lagi dua tahun sahaja, menurut angka yang disediakan oleh WaterNSW.

Cik Pavey berkata "bandar utama (pedalaman) ... menghadapi risiko kehabisan air bersih dalam jangka masa 12 bulan akan datang".

Oleh kerana itu, Sydney semakin cenderung kepada kaedah penjimatan air, termasuk mengehad jumlah air yang boleh digunakan di tempat awam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg