Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Bekalan elektrik di Jakarta mulai pulih setelah terputus selama 12 jam

Aug 05, 2019 | 07:50 AM

JAKARTA: Bekalan elektrik di Jakarta dan beberapa bahagian di Pulau Jawa  terputus  semalam (4 Ogos), tetapi dilaporkan sudah pulih secara berperingkat.

Sekitar 30 juta penduduk terjejas apabila gangguan bekalan elektrik berlaku, akibat masalah di beberapa loji tenaga.

Ia turut mengakibatkan penutupan sementara sistem keretapi gerak cepat (MRT) di Jakarta.

Namun, penumpang yang terkandas dalam beberapa gerabak MRT berjaya diselamatkan ketika kejadian itu berlaku.

Syarikat bekalan elektrik PT Perusahaan Listrik Negara (PLN) berkata, bekalan elektrik di beberapa bahagian di Jakarta kembali pulih pada jam 11 malam (waktu tempatan), iaitu hampir 12 jam selepas ia terputus.

PLN berkata, masalah itu berlaku apabila turbin gas di loji tenaga utama gagal beroperasi hingga menjejaskan loji tenaga yang lain.

Katanya, kedua-duanya terletak di bahagian barat Pulau Jawa.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak menjejaskan beberapa hospital di Jakarta dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, kerana kedua-dua lokasi itu memiliki penjana tambahan. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3