Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Malaysia menjangkakan bekalan ikan yang berkurangan kembali pulih bermula bulan ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata kepada akhbar Malaysia, Sinar Harian, peningkatan hasil pengeluaran itu dijangka berterusan sehingga ke kemuncaknya pada Oktober.

"Jumlah hasil pengeluaran ini bermusim dan berlaku pada setiap tahun.

"Saya akui perubahan cuaca yang di luar jangka ketika ini memberikan kesan kepada pengeluaran ikan negara," katanya selepas merasmikan Pesta Orkid, Flora dan Herba 2022 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung di Kota Bharu, semalam.

Menurutnya, perubahan itu menyebabkan nelayan tidak dapat ke laut untuk melakukan kerja-kerja menangkap ikan.

Beliau berkata, bagaimanapun stok bekalan ikan negara ketika ini mencukupi bagi menampung keperluan rakyat.