Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Bekalan makanan stabil tetapi harga tinggi sedikit

Mar 25, 2023 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Bekalan makanan utama untuk bulan Ramadan stabil, tetapi harga sedikit meningkat kerana permintaan yang tinggi.



Encik Khairul Anwar Ab Majid, yang menjual daging lembu di pasar TTDI, Petaling Jaya berkata bahawa bekalan daging lembu tempatan dan import stabil, tetapi harga daging secara umumnya meningkat sebanyak 15 peratus hingga 35 peratus sejak bulan lalu.



"Sebelum bulan Ramadan, harga daging lembu meningkat dari RM1 ($0.30) hingga RM1.50 setiap minggu, bergantung pada bahagian daging.



"Daging lembu tenderloin mahal dan permintaan tinggi semasa Ramadan, pada harga RM52 setiap kg.



"Harga daging lembu import meningkat sebanyak 15 peratus hingga 20 peratus dan harga daging lembu tempatan meningkat sebanyak 30 peratus hingga 35 peratus," katanya kepada The Star ketika dihubungi.



Beliau berkata, walaupun umat Islam gembira menyambut Ramadan namun inflasi dan kenaikan harga makanan yang tinggi telah menyebabkan pengguna lebih berhati-hati untuk berbelanja.



Timbalan Presiden Persatuan Pemilik Bot Memancing Kedah Encik Abdul Khadzib Bakar berkata permintaan untuk ikan semasa Ramadan dijangka meningkat dan harga telah meningkat sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus.



"Harga ikan cencaru, udang dan sotong semakin meningkat dan bekalan rendah," katanya.



Beliau berkata kenaikan harga adalah biasa semasa Ramadan kerana permintaan meningkat.



Beliau juga berkata bilangan bot memancing yang terhad telah mengakibatkan tangkapan yang lebih rendah.



Seorang penjual daging biri-biri, yang ingin dikenali sebagai Encik Abdul A, berkata bekalan daging biri-biri mencukupi, tetapi bekalan daging kambing rendah, dan harga telah meningkat kerana pertukaran mata wang yang tidak stabil.



Apabila dihubungi, Pengarah Urusan rangkaian pasar raya Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, mengatakan bekalan ayam, daging kambing dan daging lembu mencukupi.



"Harga daging lembu dan daging kambing yang diimport telah meningkat sedikit, dan harga daging lembu tempatan lebih tinggi daripada yang diimport," tambahnya.



Presiden Persatuan Pertanian Sayur-sayuran Malaysia, Encik Lim Ser Kwee, mengatakan walaupun musim hujan sebelum ini, pengeluaran sayur-sayuran telah pulih.



"Sebelum ini, pengeluaran sayur-sayuran dari ladang di Cameron Highlands dan selatan Johor telah merosot disebabkan hari hujan yang berterusan. Kini terdapat peningkatan dalam pengeluaran sayur-sayuran, jadi harga telah turun sebanyak 20 peratus," ujar Encik Lim.



Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Datin Christina Toh, mengatakan harga hidangan Ramadan di pusat bandar telah meningkat sebanyak 15 peratus disebabkan oleh banyak faktor, seperti bil elektrik, upah pekerja dan harga bahan.



"Pasaran adalah kompetitif, dan menaikkan harga mungkin akan mengakibatkan kehilangan pelanggan, jadi anda hanya boleh mengurangkan pilihan makanan.



"Untungnya, hotel Johor Baru melihat pelancong Singapura pada hujung minggu, dan kadar penghunian cukup tinggi, " ujar Datin Toh. - The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >