Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekalan sayur dari M’sia dijangka berkurang, terjejas susuli banjir

Mar 02, 2023 | 05:10 PM



PETALING JAYA: Pengguna di Malaysia diberi amaran akan terdapat kekurangan sayur-sayuran di pasaran kerana hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu sehingga menyebabkan ladang ditenggelami air dan rosak akibat angin kencang.


Presiden Persekutuan Persatuan Peladang Sayuran, Encik Lim Ser Kwee, berkata hujan lebat secara mendadak dan berterusan merosakkan lebih satu  juta kilogram sayur-sayuran di ladang di kawasan selatan Semenanjung Malaysia dengan kerugian dianggarkan mencecah puluhan juta ringgit.


Bagi kawasan Johor, Encik Lim berkata banjir yang berlaku menenggelami banyak kawasan menanam sayur.


Tambahnya, petani di Johor juga melaporkan pam air yang dipasang di tebing sungai dihanyutkan, manakala jentera pula ditenggelami air.


Setiausaha Persatuan Penanam Sayur Cameron Highlands, Encik Chay Ee Mong, turut memberi amaran tentang kemungkinan kenaikan harga sekiranya corak cuaca kekal tidak stabil.


“Sebagai contoh, kacang panjang turun daripada RM10 ($3) kepada RM2 sekilogram; timun daripada RM5 kepada RM2 sekilogram, sawi (daun sawi) dan kangkung, bayam semuanya kurang daripada RM2 sekilogram.


“Harga turun naik mengikut tawaran dan permintaan di pasaran borong serta mutu sayur-sayuran,” katanya sambil menambah petani sering mengalami kerugian. – The Star.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >