Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekalan telur ayam di M'sia kini lebihi permintaan

Zahid: Ini susuli kerjasama strategik antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dengan 11 pembekal utama di serata negara
May 19, 2023 | 5:30 AM
BANTU RAKYAT: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelbagai inisiatif kerajaan termasuk Strategi Pemasaran Bahan Makanan, khususnya melalui intervensi pengedaran telur, serta Jualan Agro Madani telah mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. - Foto BERNAMA
BANTU RAKYAT: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelbagai inisiatif kerajaan termasuk Strategi Pemasaran Bahan Makanan, khususnya melalui intervensi pengedaran telur, serta Jualan Agro Madani telah mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. - Foto BERNAMA -

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bekalan telur ayam di Malaysia ketika ini berada pada tahap melebihi permintaan.

Beliau berkata keadaan itu susulan kerjasama strategik antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dengan 11 pembekal utama di seluruh negara bagi mengatasi isu kekurangan bekalan sebelum ini.

Beliau, yang juga Menteri Kemajuan Wilayah dan Desa, berkata Fama ketika ini mempunyai kapasiti membekalkan sebanyak 1.33 juta telur ayam seminggu yang diedarkan secara langsung ke premis peruncitannya serta melalui kerjasama strategik dengan perantara pasaran.

Katanya, sebanyak 28.1 juta telur ayam diedarkan ke 369 premis pemasaran Fama seperti pasar tani, pasar tani kekal dan Agrobazar Kedai Rakyat, sehingga 8 Mei lalu, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

"Selain itu, 59 peratus daripada bekalan (16.58 juta biji) sudah diedarkan melalui usaha pengaturan pasaran Fama bersama usahawan pemasar.

"Beberapa langkah penguatkuasaan juga sudah dilakukan bagi mengekang pencatutan harga, selain isu penyeludupan barangan bersubsidi berada pada tahap cukup baik," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol) pada Khamis.

Sebelum ini Malaysia menghadapi krisis kekurangan bekalan telur ayam namun pihak kerajaan menyatakan masalah itu dijangka selesai sepenuhnya selepas Aidilfitri.

Kekurangan itu menyebabkan Fama terpaksa membekalkan jutaan telur ayam sebagai persiapan menghadapi Aidilfitri.

Sementara itu, Datuk Ahmad Zahid berkata Strategi Pemasaran Bahan Makanan, khususnya melalui intervensi pengedaran telur, Program Jualan Khas Musim Perayaan dan Jualan Agro Madani telah dilaksanakan Fama bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

"Pelaksanaan strategi ini antara lain dijangka mampu memberi ruang pasaran kepada pengeluar untuk meningkatkan pendapatan.

"Program intervensi pengedaran telur dilaksanakan Fama mulai November 2022. Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan pengguna mendapat akses bekalan terutama telur di bawah harga kawalan kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata penjenamaan semula Program Jualan Agro Madani dibuat seiring program penjenamaan Kerajaan Madani.

Katanya, program bersifat mobil itu adalah usaha Fama dalam memastikan pengguna mendapat akses langsung kepada bahan makanan berasaskan hasilan pertanian daripada pengeluar pada harga berpatutan.

"Program Jualan Agro Madani disasarkan sebanyak 2,000 operasi tahun ini.

"Sebanyak 424 operasi Program Jualan Agro Madani sudah dilaksana, membabitkan seramai 6,312 usahawan dan menjana RM9.35 juta ($2.77 juta) nilai jualan sehingga 30 April lalu.

"Justeru, dianggarkan penjimatan sebanyak RM1 juta sudah dinikmati pengguna sepanjang pelaksanaan program ini," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg