Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas bintang bola sepak M'sia Dollah Salleh, isteri dan menantu cedera MPV terbabas

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



SEREMBAN: Bekas pemain bola sepak nasional Malaysia, Dollah Salleh, dan tujuh anggota keluarganya terlibat dalam satu kemalangan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) mereka terbabas di Kilometer 8 Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, malam kelmarin.



Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani, berkata dalam kejadian pada 9 malam itu, Dollah Salleh, 59 tahun, yang kini pengurus pasukan Sri Pahang FC, mengalami kecederaan di bahagian belakang tengkuk manakala isterinya, Cik Roslina Ibrahim, 58 tahun, cedera di bahagian dada.



"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kenderaan MPV Toyota Velfire yang dipandu menantunya, Muhammad Shafiq Shukaimi, 34 tahun, hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan arah bertentangan sebelum kenderaan itu terbalik ke dalam gaung," katanya, lapor Berita Harian Malaysia.



Lima lagi penumpang kenderaan itu, bagaimanapun, tidak mengalami kecederaan.



Mereka ialah isteri Encik Muhammad Shafiq, Cik Nurdian Dollah, 34 tahun, dan empat anak mereka berumur antara sembilan bulan dengan 10 tahun.



Menurut Superintendan Amran, ketika kejadian itu keluarga tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Muadzam Shah di Pahang ke Shah Alam, Selangor.



Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah dan dilaporkan sudah keluar dari hospital.



Kemalangan Dollah, yang juga bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Malaysia, tular di laman sosial. Kejadian itu dipercayai dirakam oleh penduduk di tempat kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >