Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bekas eksekutif PetroSaudi kaitkan Jho Low dengan 1MDB

Xavier Andre Justo dakwa bertemu Jho Low dua kali bagi bincang isu 1MDB, PetroSaudi
May 26, 2018 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Seorang tukang adu warga maklumat Switzerland, Encik Xavier Andre Justo, berkata beliau bertemu Encik Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, bukan sekali, tetapi dua kali untuk membincangkan perkara antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan PetroSaudi International.



Ini meskipun Jho Low sebelum ini kekal berkata beliau tidak memainkan sembarang peranan dalam 1MDB atau PetroSaudi International berkaitan skandal dana kerajaan Malaysia itu.



Pendedahan Encik Justo adalah kali pertama seseorang menyediakan kaitan ketara antara Jho Low, 1MDB dan PetroSaudi.



Telah didedahkan sebelum ini bahawa daripada jumlah asal AS$ 1 bilion ($1.34 bilion) yang dihantar ke PetroSaudi, AS$700 juta dihantar ke akaun yang dimiliki oleh sebuah syarikat bernama Good Star, yang ditunjukkan oleh kertas siasatan dikendalikan oleh Jho Low.



Encik Justo yang merupakan bekas eksekutif PetroSaudi telah bertemu Perdana Menteri baru Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beberapa hari lalu, dipercayai bagi membantu dalam siasatan 1MDB.



Dalam satu wawancara eksklusif bersama akhbar The Star di sebuah hotel di sini, beliau berkata: "Saya berjumpanya (Jho Low) dua kali. Saya telah memberitahu pihak berkuasa Switzerland butirannya."



Encik Justo berkata kali pertama beliau mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila beliau menyedari jumlah wang yang besar sedang diuruskan dan PetroSaudi mendapat komisen besar.



"(Pegawai tertinggi PetroSaudi) Tarek Obaid dan Patrick Mahony mempunyai akses kepada jumlah sebenar, tetapi saya tahu ada sesuatu yang salah.



"Terdapat komisen dalam perniagaan minyak. Itulah caranya dan tidak perlu naif. Perniagaan minyak bermakna rasuah.



"Mengambil 1 peratus atau 5 peratus memang menarik perhatian, tetapi mengambil lebih 80 peratus daripada jumlah komisen adalah di luar kebiasaan. Saya tahu ada sesuatu yang salah, tetapi saya tidak menjangkakan kegilaan ini," katanya.



Encik Justo menambah bahawa beliau terkejut melihat bagaimana skandal itu berkembang.



Daripada PetroSaudi, skandal itu tersebar ke syarikat lain di Timur Tengah.



"Tidak dapat dipercayai betapa tamak, betapa tidak siuman, betapa gila orang-orang itu. Mereka benar-benar berpandangan apa sahaja yang ada di bank pusat Malaysia adalah milik mereka," ujarnya.



Encik Justo berkata beliau menyimpan fail daripada PetroSaudi yang diberikan kepadanya kerana beliau mahukan wang yang dihutang kepadanya oleh syarikat itu.



Fail-fail tersebut mencetuskan siasatan skandal rasuah terbesar di dunia apabila ia disiarkan.



Encik Justo berkata beliau memberikan fail itu kepada pemilik The Edge Communications, Datuk Tong Kooi Ong, menerusi Cik Clare Rewcastle Brown, wartawan siasatan yang mengasaskan Sarawak Report, setelah yakin tentang keikhlasan dan motivasi mereka mendedahkan skandal 1MDB.



"Pada awalnya, sudah tentu saya berkata saya mahukan wang. Saya boleh menjual fail-fail itu pada bayaran tinggi. Saya hanya mahu wang yang dihutang kepada saya oleh PetroSaudi.



"Ia bukan mengenai wang yang mereka curi saja. Ia satu jenayah kewangan. Mereka melakukan lebih buruk daripada itu. Mereka membunuh orang. Mereka mengancam orang. Mereka masukkan saya ke penjara. Mereka mengancam akan menangkap isteri saya.



"Mereka memberi amaran kepada isteri saya bahawa akhirnya anak saya akan masuk ke rumah anak yatim Thailand. Mereka mesti membayar bagi semuanya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >