Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bekas isteri Cef Wan meninggal dunia

Mar 18, 2020 | 9:29 PM
Serina (dua dari kiri) mengunjungi ibunya di hospital bulan lalu.
Serina (dua dari kiri) mengunjungi ibunya di hospital bulan lalu. - Instagram Serina Redzuawan

KUALA LUMPUR: Bekas isteri cef selebriti, Cef Wan, Norhayate Ayub meninggal dunia di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung, pada Rabu (18 Mac).

Berita itu dikongsi Cef Wan di Instagram sekitar 7 malam.

"Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bekas isteri baru meninggal dunia di Hospital Ampang.

"Saya sedang menguruskan apa yang perlu untuk urusan pengebumian esok. Saya akan beritahu sanak-saudara kemudian," katanya.

Allahyarhamha, yang meninggal dunia pada usia 59 tahun, menghidap kencing manis dan masalah ginjal serta jantung.

Cef Wan dan Allahyarhamha bernikah pada 1982 dan berpisah tiga tahun kemudian.

Mereka mempunyai dua anak, Mohd Nadzri atau Cef Riz, dan pelakon Serina.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg